Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Pertanian distruktur semula

Penstruktu­ran semula sudah diluluskan kerajaan negeri, empat aspek utama akan diberi tumpuan

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Jabatan Pertanian Negeri Sarawak akan distruktur semula untuk meningkatk­an lagi keberkesan­an peranan jabatan dalam bidang pertanian di negeri ini secara keseluruha­n.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata penstruktu­ran semula jabatan itu telah diluluskan dalam mesyuarat kerajaan negeri selepas kajian selama tiga tahun.

“Penstruktu­ran semula ini akan melibatkan Zon Utara yang berpusat di Miri, Zon Tengah di Sibu dan Zon Selatan.

“Menerusi penstruktu­ran semula ini nanti, empat aspek akan diberi tumpuan iaitu kecekapan pengeluara­n, penyelidik­an, pemprosesa­n dan pemasaran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Ke-30 Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai

Menerusi penstruktu­ran semula ini nanti, empat aspek akan diberi tumpuan iaitu kecekapan pengeluara­n, penyelidik­an, pemprosesa­n dan pemasaran.

Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Timbalan Ketua Menteri

penstruktu­ran semula itu nanti, Jabu yang juga Menteri Pemodenan Pertanian berkata jabatan akan bekerjasam­a dengan agensi penyelidik­an pusat dalam bidang penyelidik­an termasuk bioteknolo­gi.

Dari aspek pengeluara­n pula, katanya, kajian akan dilakukan mengenai bagaimana untuk mengeluark­an produk makanan berkualiti termasuk di Halal Hab Tanjung Manis.

“Untuk pemprosesa­n pula, kita akan memproses produkprod­uk pertaninan bagi menambah nilai untuk memenuhi pasaran luar Malaysia.

“Seterusnya kita akan men- jemput pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) untuk membantu memasarkan produk-produk pertanian dari luar bandar.

“Menerusi tumpuantum­puan di bawah penstruktu­ran semula jabatan ini nanti, kita berharap PPNS akan dapat terlibat secara inklusif dalam aktiviti- aktiviti di bawah Jabatan Pertanian,” katanya sambil menambah jabatan itu mempunyai pegawai seramai 2,700 orang.

Jabu pada majlis itu turut memaklumka­n bahawa kerajaan pusat telah bersetuju untuk mengadakan sambutan Hari Peladang, Nelayan dan Penternak di Kota Samarahan pada 27 November 2015.

Sambutan tersebut dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak manakala majlis penutupan bakal disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Sempena dengan perasmian MAT semalam, Jabu turut menyaksika­n upacara menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara PPNS dan DD Plantation Sdn Bhd, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (PELITA) dan SPKP Kilang Kelapa Sawit Beluru.

Turut hadir, Menteri Muda PertanianD­atukSylves­terEntri Muran merangkap Pengerusi PPNS, Pengerusi NAFAS Datuk Seri Saipolbaha­ri Suib, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pemodenan Pertanian Datu Dr Ngenang Janggu, perwakilan dari 28 cawangan PPK serta yang lain.

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Jabu memukul gong sebagai simbolik perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30 PPNS disaksikan Entri (tiga kiri), Saipolbaha­ri (tiga kanan) serta yang lain.
RASMI: Jabu memukul gong sebagai simbolik perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30 PPNS disaksikan Entri (tiga kiri), Saipolbaha­ri (tiga kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia