Utusan Borneo (Sarawak)

Pecah masuk, dua suspek kebas barangan bernilai RM55,000

-

SIBU: Polis di sini sedang menjejaki dua suspek lelaki melarikan pelbagai jenis barangan dianggarka­n bernilai RM55,000 dalam satu kes pecah masuk di sebuah premis peralatan komputer dan telefon di Jalan Wong King Huo dekat sini semalam.

Menurut pengurus kedai berkenaan, insiden tersebut disedari selepas dia dimaklumka­n pekerja pada jam 8.30 pagi mengatakan premis kedai telah dimasuki pencuri.

Katanya, dia dan seorang penyelia keluar dari premis kedai dalam keadaan berkunci dan penggera keselamata­n juga telah diaktifkan sekitar jam 11 malam.

“Apabila saya sampai di kedai dan memeriksa premis kedai didapati pencuri memotong kabel tel- efon menyebabka­n sistem penggera tidak berfungsi,” lapor pengadu.

Bertindak atas maklumat, pasukan polis telah pergi ke lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan dan pemeriksaa­n.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dua lelaki memakai topi keledar penutup penuh berlegar-legar di luar premis sebelum mereka memasuki kedai tersebut.

Difahamkan, dua suspek tersebut kemudian keluar daripada pintu gelongsor aluminium dan melarikan dua beg berisi pelbagai barangan curi,

Antara barangan dicuri termasuk telefon pintar, tablet kamera dan komputer riba yang kebanyakan anatara produk jualan yang dipamer.

Berdasarka­n rakaman CCTV premis kedai tersebut, polis percaya keduadua suspek merupakan kaki pecah rumah berpengala­man dan usaha untuk menjejaki mereka sedang dijalankan.

Difahamkan pihak pengurusan syarikat berkenaan ada mendapatka­n khidmat pengawal keselamata­n namun tidak dapat dipastikan sama ada penjaga berkenaan menyedari kejadian tersebut atau meninggalk­an tugasan ketika kejadian dan ia masih dalam siasatan polis.

Sementara itu dalam kes berlainan, sepasang suami isteri ditahan polis setelah didakwa mencuri sebuah gergaji berantai dan sebuah pemotong rumput milik saudara sendiri di sebuah rumah panjang di Jalan Salim-Stabau.

Pengadu membuat lapo- ran polis di Balai Polis Sentral pagi semalam memberitah­u dia mengesyaki cucunya sendiri berumur 18 tahun bersama isterinya, 15, mencuri gergaji berantai miliknya selepas penghuni lain ternampak pasangan suami isteri keluar daripada rumah datuknya.

Bertindak daripada maklumat, pasukan polis telah menjalanka­n siasatan telah berjaya menahan pasangan suami isteri di Lorong Emplam dekat sini pada jam 12.45 petang.

Hasil siasatan awal polis mendapati gergaji berantai tersebut telah dijual oleh suspek kepada seorang saudara di Selangau dengan harga RM120 sahaja manakala pemotong rumput dijual kepada pembeli lain dengan harga RM80.

Kedua-dua suspek kini ditahan di lokap sementara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia