Utusan Borneo (Sarawak)

Dua penganggur terlibat dadah diberkas

-

MIRI: Dua penganggur disyaki terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah telah diberkas polis pagi semalam.

Kedua-dua suspek berusia 21 dan 25 tahun ditahan polis dalam serbuan dilakukan di sebuah rumah di Tudan Fasa 3 di sini.

Berikutan itu, mereka dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri diketuai SubInspekt­or Bakar Drahman membuat serbuan ke sebuah rumah terletak di Tudan Fasa 3 di sini.

Dalam serbuan dilakukan sekitar jam 10 pagi itu, polis menahan dua lelaki bagi tujuan pemeriksaa­n kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Polis membuat pemeriksaa­n lanjut di lokasi serbuan tidak menemui apa-apa barang menyalahi undangunda­ng.

Sehubungan itu, kedua-dua suspek dibawa ke pejabat BSJND Miri menjalani ujian saringan awal air kencing dan hasilnya mendapati mereka masing-masing positif dadah jenis Amphetamin­e.

Justeru suspek pertama ditangkap mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk membantu siasatan lanjut kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Manakala suspek kedua disyaki penagih dadah telah ditangkap mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia