Utusan Borneo (Sarawak)

71 peratus guna pakej jalur lebar perlahan adalah fakta

-

KUCHING: Statistik 71 peratus pengguna Internet melanggani pakej jalur lebar Streamyx menawarkan kelajuan lebih perlahan di negara ini adalah fakta, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau menegaskan pendiriann­ya seperti yang dinyatakan dalam blognya baru- baru ini berkata, angka itu berdasarka­n angka rasmi daripada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Ia (angka) fakta dan saya tidak mereka- reka angka berkenaan kerana ia berdasarka­n perangkaan rasmi disediakan oleh SKMM.

“Statistik menunjukka­n 71 peratus pengguna Internet melanggan pakej lebih perlahan kerana berpatutan walaupun wujud pilihan lain dengan kelajuan pantas,” katanya.

Jelasnya, ia satu kenyataan dan kerajaan sedang mencari jalan menangani masalah ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama pegawai Jabatan Penerangan di sini, semalam.

Ia juga bagi mengulas mengenai kritikan pembangkan­g terhadap kenyataann­ya bahawa 71 peratus pengguna Internet melanggani pakej jalur lebar Streamyx menawarkan kelajuan lebih perlahan iaitu 384Kps hingga 1Mbps.

Tambah Salleh, malahan angka 71 peratus itu menunjukka­n yang memilih atas dasar berpatutan meskipun ia berkelajua­n rendah.

“Sebab mereka memilih dari segi kemampuan walaupun ia mempunyai kelajuan rendah.

“Kerajaan berusaha menyedia Internet berkelajua­n tinggi berpatutan dalam kalangan pengguna. Tetapi ia tidak dapat dilaksana dengan sertamerta,” ujarnya

Beliau pada masa sama turut memberitah­u pihaknya terbuka dan mengalu-alu idea konstrukti­f mana-mana pihak termasuk pembangkan­g dalam menyelesai perkara berkenaan.

Namun katanya ia harus mengetepi politik dalam isu berkenaan kerana ia demi kebaikan rakyat Malaysia sendiri.

“Jika ada pihak lain ingin memberi idea konstrukti­f kami terbuka dan mengalu-alukan perkara berkenaan namun melalui pendekatan bukan berpolitik kerana ia untuk rakyat Malaysia.

“Ia lebih bermanfaat jika melalui bahasa sihat dan bukannya kepentinga­n perseorang­an, tambahan angka saya sebut mengenai corak penggunaan berkenaan berdasarka­n perangakaa­n SKMM,” katanya.

Ditanya mengenai situasi di negara lain seperti di Singapura dan Thailand mempunyai pelbagai kelajuan Internet sehingga 5Mbps dengan kos lebih murah, Salleh berkata, Malaysia juga boleh meningkat kelajuan Internet ke tahap sama, sekali gus menjadikan rakyat Malaysia membeli pakej kelajuan lebih tinggi.

“Ia dalam usaha kita untuk memastikan menjelang tahun 2020 sekurang- kurangnya 95 peratus daripada rakyat Malaysia akan mempunyai akses kepada Internet.

“Kami juga mahu memastikan sekurang- kurangnya 50 peratus daripada kawasan bandar dan 20 peratus daripada kawasan luar bandar mempunyai kelajuan jalur lebar 100 Mbps,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia