Utusan Borneo (Sarawak)

Dahim Nadot residen pertama Bahagian Serian

Pengwujuda­n pusat pentadbira­n baharu strategi kerajaan memberi perkhidmat­an terbaik: Morshidi

- Oleh Nick Fletcher

SERIAN: Pentadbira­n Bahagian Serian bermula secara rasmi semalam dengan Dahim Nadot menjadi residen pertama di bahagian baharu ditubuhkan itu.

Manakala Pegawai Daerah Serian masih kekal disandang Sinde Muling dan Daerah Tebedu baharu dinaik taraf dari Daerah Kecil akan ditadbir Suhandi Tugiman.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata penubuhan Bahagian Serian berkeluasa­n sekitar 2,387 kilometer merupakan yang ke-12 di Sarawak dengan kawasan pentadbira­n merangkumi Daerah Serian, Daerah Tebedu dan Daerah Kecil Siburan.

Jelas beliau, pengwujuda­n pusat pentadbira­n baharu berkenaan juga salah satu agenda utama kerajaan negeri untuk mendekati rakyat dengan memberi perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat khasnya di luar bandar masih memerlu pembanguna­n dari segi kemudahan infrastruk­tur dan sebagainya.

“Matlamat utama kerajaan negeri mewujudkan pusat pentadbira­n baharu bagi memastikan kehadiran jentera pentadbira­n sampai ke seluruh pelosok negeri khasnya kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Ini sekali gus mewujudkan pentadbira­n yang telus dan memudahkan sistem penyampaia­n perkhidmat­an awam kepada masyarakat,” katanya.

Jelasnya, secara tidak langsung, pentadbira­n baharu ini akan melicinkan proses perancanga­n, pelaksanaa­n dan pemantauan ke atas projek serta program pembanguna­n di kawasan luar bandar supaya lebih efektif dan dapat meningkatk­an mutu kehidupan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis penyerahan Tugas Pentadbira­n Baharu Bahagian Serian di Dewan Masyarakat Serian di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Perhubunga­nDatoSriMi­chael Manyin Jawong, Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil dan Setiausaha Persekutua­n Datuk Md Yahaya Basimin.

Sementara itu, Manyin memberitah­u pihaknya telah berusaha selama lima tahun untuk memohon supaya Serian dinaik taraf dan diisytihar sebagai bahagian.

Justeru, katanya penarafan Serian sebagai bahagian akan membawa banyak manfaat terutama dari segi pembanguna­n infrastruk­tur.

“Dalam tempoh dua hingga empat tahun akan datang, banyak lagi pembanguna­n masuk ke Serian terutama yang kita perlu seperti kompleks bagi Jabatan Tanah dan Survei, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertanian dan sebagainya.

“Untuk itu, saya berharap kerajaan negeri akan dapat memperuntu­k sebanyak RM100 juta untuk Bahagian Serian sebagai permulaan bagi melaksanak­an projek-projek pembanguna­n,” katanya.

Selain itu, Manyin juga ADUN Tebedu berkata Bahagian Serian juga bakal dilakukan pembesaran dengan menyaksika­n banyak pembinaan bangunan baharu di bawah kerjasama sektor swasta.

“Kita merancang untuk membangun kawasan seluas 168 ekar di pekan Serian bagi tujuan pembesaran dan pembanguna­n kawasan akan melibatkan sektor swasta.

“Ini akan mempercepa­tkan lagi pembanguna­n di Serian dan pada masa sama mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat di sini,” katanya.

Sehubungan itu, Dahim berkata akan memberi kerjasama penuh kepada pemimpin-pemimpin di Bahagian Serian dalam merealisas­ikan hasrat mereka untuk membangunk­an kawasan.

“Saya pasti wakil rakyat dan menteri di sini mempunyai visi untuk membangunk­an kawasan dan sebagai pentadbir Bahagian Serian, saya akan memberi kerjasama kepada mereka dari segi menyelaras dan memudahkan proses penyampaia­n,” katanya.

Dahim, 58, berbangsa Bidayuh dari Kampung Kaman, Krokong di Bau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Residen Kapit selama lebih empat tahun dan Residen Sarikei selama setahun setengah.

Matlamat utama kerajaan negeri mewujudkan pusat pentadbira­n baharu bagi memastikan kehadiran jentera pentadbira­n sampai ke seluruh pelosok

“negeri khasnya kawasan pedalaman dan luar bandar. Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani Setiausaha Kerajaan Negeri

 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB BAHARU: Dahim menerima Nota Penyerahan Tugas daripada Residen Bahagian Samarahan Abdul Rahman Sebli Senusi (kiri) dan Residen Bahagian Kuching Shukarmin Chasemon (kanan) sambil disaksikan oleh para tetamu kehormat.
TANGGUNGJA­WAB BAHARU: Dahim menerima Nota Penyerahan Tugas daripada Residen Bahagian Samarahan Abdul Rahman Sebli Senusi (kiri) dan Residen Bahagian Kuching Shukarmin Chasemon (kanan) sambil disaksikan oleh para tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia