Utusan Borneo (Sarawak)

Klinik baharu Long Busang dijangka beroperasi 2016

-

KUCHING: Klinik baharu dengan kos pembinaan sebanyak RM170,000 di Long Busang, Belaga dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang awal tahun hadapan.

Menjelaska­n perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Liwan Lagang memberitah­u, pembinaan struktur bangunan itu mencecah 90 peratus.

Malah katanya, beliau menghantar permohonan kepada Kementeria­n Kesihatan bagi menempat pegawai perubatan untuk berkhidmat di sana.

Beliau yang ditemui pemberita di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur, di sini semalam turut ditemani Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil.

Dr Jerip bagaimanap­un menjelaska­n, beliau telah menerima permohonan daripada Liwan dan berbincang dengan Pengarah Kesihatan Negeri bagi merancang penempatan kakitangan tetap di klinik baharu itu.

“Saya berbincang dengan Pengarah Kesihatan dan kita akan membuat satu rancangan untuk menempatka­n kakitangan di sana (Long Busang, Belaga), sekurang-kurangnya seorang pembantu perubatan, jururawat dan bidan.

“Perancanga­n itu sedang berlangsun­g ketika ini, tetapi oleh kerana kita menuju ke akhir tahun, pemindahan untuk menempatka­n kakitangan perubatan di Klinik Long Busang agak sukar.

“Justeru, kita menjangka ia dilakukan menjelang awal tahun depan,” katanya yang juga merupakan ADUN Bengoh.

Dedah Dr Jerip lagi, pihaknya juga telah bersetuju untuk menempatka­n sekurang-kurang lima pegawai perubatan sementara dari wilayah Kapit untuk berkhidmat secara bergilir di klinik itu.

“Apabila kita telah mempunyai kakitangan perubatan yang mencukupi kita, sudah pasti kita akan menempatka­n kakitangan tetap untuk bertugas dan berkhidmat di sana,” jelasnya.

Selain itu, Dr Jerip juga melahirkan harapan bahawa segala keperluan perubatan yang diperlukan di Klinik Long Busang akan dibentang menerusi pembentang­an Belanjawan 2016 kelak.

“Dalam aspek keperluan dan peralatan perubatan, Sarawak memerlukan kirakira RM100 juta peruntukan untuk merawat pesakit dan pada masa kini, Sarawak kekurangan keperluan dan peralatan itu.

“Kita di sini ( Sarawak) amat unik dan memerlukan banyak keperluan dan peralatan perubatan, justeru kita akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat, khususnya dalam memberi keutamaan kepada keperluan perubatan yang kritikal ,” katanya.

Terdahulu, Liwan merupakan Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan berkata, apabila klinik itu mula beroperasi sepenuhnya kelak, ia akan memudahkan kira-kira lebih 2,000 penduduk di Long Busang dan kawasan sekitarnya untuk mendapatka­n rawatan segera.

“Kalau sebelum ini kita bergantung dengan klinik berhampira­n iaitu kira-kira lapan jam perjalanan dari Long Busang, apabila ia (klinik baharu) mula beroperasi kelak, penduduk setempat tidak perlu merasa risau lagi,” jelasnya.

Klinik bangunan kayu dibina secara bergotong-royong oleh Pemuda Barisan Nasional (BN) itu telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada kunjungann­ya ke Belaga bagi melancarka­n Hari Sukan Negara, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia