Utusan Borneo (Sarawak)

Toleransi KM jadikan beliau pemimpin dihormati: Liwan

-

KUCHING: Sikap toleransi Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem terhadap setiap lapisan rakyat berbilang kaum dan agama menjadikan beliau pemimpin yang disanjungi dan dihormati oleh masyarakat bukan Islam di negeri ini.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Liwan Lagang yang memberitah­u ketegasan Ketua Menteri dalam menjaga isu sensitif terutamany­a yang menyentuh kepada agama harus dipuji.

“Yang Amat Berhormat (Adenan) pernah memberitah­u bahawa masyarakat Kristian bebas untuk menggunaka­n kalimah ‘ Allah’ selagi beliau masih menjadi Ketua Menteri di Sarawak. Inilah sikap toleransi beliau yang harus kita puji dan hormati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian ‘Kayuhan Jelajah Sarawak’ bagi mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang di Christian Ecumenical Worship Centre Kuching di sini semalam.

Mengenai program kayuhan itu, beliau berkata, ia dapat menggalakk­an penglibata­n golongan belia dalam aktiviti sihat.

“Tahniah kepada Pr Cheah Chee Moon yang akan mengetuai kayuhan jelajah Sarawak ini yang bermula dari Kuching hingga ke Lawas nanti,” tambahnya.

Dalam kayuhan itu, Cheah bersama peserta lain yang terdiri daripada golongan belia akan memulakan kayuhan dari Kuching pada 27 Oktober ini dan dijangka tiba di Lawas pada 13 November.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia