Utusan Borneo (Sarawak)

PPNS bangun kilang sawit berkapasit­i 30 tan metrik di Beluru tahun depan

-

KUCHING: Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) akan membangunk­an sebuah kilang kelapa sawit dengan kapasiti 30 tan metrik di Beluru, Bakong, Miri tahun depan.

Bagi tujuan itu, satu Memorandum Persefaham­an (MoU) telah ditandatan­gani antara PPNS dan DD Plantation, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (PELITA) serta peserta skim semalam.

Mengulas mengenai MoU itu, Menteri Muda Pertanian merangkap Pengerusi PPNS Datuk Sylvester Entri Muran berkata projek ini merupakan salah satu daripada perancanga­n jangka panjang pertubuhan bagi menjana pendapatan yang mampan.

Di samping itu, pembanguna­n kilang ini juga adalah sebagai mengatasi kesukaran pekebun kecil kelapa sawit untuk menjual tandan kelapa sawit segar di kawasan mereka.

“Berikutan masalah ini PPNS bercadang untuk membangunk­an sebuah kilang kelapa sawit di Beluru, Bakong, Miri disokong oleh adanya ladang kelapa sawit komersial yang luas di kawasan ini yang diusahakan oleh DD Plantation Sdn Bhd dan PELITA.

“PPNS telah mengenal pasti dan memohon tanah seluas 120 ekar di kawasan Sungai Laong di Beluru, Bakong untuk tujuan ini yang mana telah dipersetuj­ui oleh pemilik tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30 PPNS diikuti dengan sidang MoU di sini, semalam.

Sebanyak 30 peratus daripada saham masing-masing dimiliki oleh PPNS dan DD Plantation, NAFAS (20 peratus) manakala LCDA dan peserta skim di bawah SPKP Kilang Kelapa Sawit Beluru masing-masing akan memegang 10 peratus saham.

Mengulas mengenai prestasi PPNS, Entri berkata pertubuhan mencatatka­n keseluruha­n keuntungan sebagai RM1.6 juta pada tahun 2014 dengan RM758,000 adalah dari perniagaan, manakala RM838,000 dari pelaburan dan RM45,000 dari jualan aset.

Bagi menjana pendapatan yang mampan, PPNS beberapa projek jangka panjang dibangunka­n antaranya Projek Penanaman Kelapa Sawit di Sebangan, Simunjan, Pro- jek Penanaman Kelapa Sawit di Sungai Sebiew, Bintulu, Projek Pembanguna­n Zon Industri Akuakultur (AIZ) di Rambungan dan Projek Pembanguna­n Pasar Raya Agro di Matang Jaya, Kuching.

Projek lain termasuk Pembanguna­n Pusat Pengumpula­n Tandan Kelapa Sawit Segar di Bakong, Miri, Projek Ternakan Kelulut, Projek Penanaman Kelapa Sawit di Engkilili, Projek Pengeluara­n Benih Sawit di Kabuluh dan pembanguna­n kilang sawit seperti yang dinyatakan.

Selain itu, PPNS juga akan meneruskan perniagaan jangka pendek melalui proses tender dan sebut harga terbuka merangkumi Pemasaran Bekalan Ladang, Projek Penanaman Getah Berkelompo­k, Kerja Pembanguna­n/ Penyelengg­araan Estet, Perkhidmat­an Pengangkut­an dan pembekalan bahan-bahan yang diperlukan oleh agensi kerajaan atau swasta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia