Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah Cina akan terus diperkasa

Penekanan kuat kerajaan negeri terbukti dengan sokongan, peruntukan

- Oleh Geryl Ogilvy Ruekeith

KUCHING: Penekanan kuat yang ditunjukka­n oleh pentadbira­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk membantu sekolah Cina mencermink­an kepentinga­n untuk mewujudkan masyarakat berbilang bahasa supaya negeri ini terus berdaya saing dalam globalisas­i.

Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, ia adalah sesuatu yang praktikal bagi kerajaan untuk memberi tumpuan kepada usaha memperkasa­kan sekolah Cina memandangk­an 20 peratus daripada tujuh bilion penduduk dunia sekarang menggunaka­n bahasa Cina.

Bagi menjadi pemain global, katanya, kerajaan negeri perlu membuat perancanga­n bagi membentuk masyarakat yang dapat bergaul dengan satu sama lain khususnya mereka yang berasal dari negara-negara kuasa ekonomi utama dunia.

Menurutnya lagi, pada era globalisas­i sekarang, di mana peluang perniagaan dan ekonomi begitu banyak, bahasa seperti Mandarin dan Hindi akan menjadi signifikan seperti bahasa Inggeris di kalangan populasi yang bertutur dalam bahasa-bahasa tersebut.

Dua negara yang mempunyai penduduk paling ramai dunia, China dan India samasama menyumbang sekitar 37 peratus daripada populasi dunia, katanya.

Bahasa lain yang disebut oleh Abang Johari sebagai sama penting termasuk bahasa Jepun, Korea dan juga bahasa Melayu yang digunakan di Indonesia, Singapura dan Brunei terutamany­a dengan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pada tahun ini.

“Pada 2012, populasi dunia sekitar 6.8 bilion dan lebih satu bilion datang dari China sahaja. Memandangk­an orang Cina sudah berhijrah ke seluruh pelosok dunia ia amat penting bagi kita untuk dapat berkomunik­asi dalam Mandarin dengan 20 peratus populasi ini.

“Ia adalah sesuatu yang bagus untuk dapat bercakap dalam pelbagai bahasa terutamany­a jika kita mahu menjadi pemain global penting,” katanya ketika melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua No.4 di sini semalam untuk menyampaik­an cek bernilai RM500,000 bagi membina dewan serbaguna baharu di sekolah tersebut.

Turut menyaksika­n penyerahan cek itu, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senator Datuk Dr Sim Hui Kian, Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan SJK Chung Hua Kuching No.1 hingga 6 Wong Tiong Hock dan Pengerusi Jawatankua­sa Projek Jonathan Chai Voon Tok.

Abang Johari yang juga Menteri Pelanconga­n berkata, kerajaan negeri serius mengenai pendidikan Cina dan berusaha sedaya upaya untuk membantu sekolah tersebut.

Beliau memberitah­u Adenan pernah memperuntu­kkan RM4 juta untuk membantu sekolah Cina selain menjanjika­n RM5 juta lagi pada masa depan.

Pengiktira­fan Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) yang mana pemegang UEC dapat memohon untuk menyertai perkhidmat­an awam negeri selain memohon biasiswa atau pinjaman pendidikan daripada Yayasan Sarawak yang dipengerus­i Ketua Menteri sendiri adalah bukti lanjut kepentinga­n pendidikan Cina di negeri ini, jelasnya.

Justeru, beliau menegaskan sokongan padu daripada masyarakat Cina kepada Adenan harus dikekalkan untuk memastikan beliau dapat

Ia adalah sesuatu yang bagus untuk dapat bercakap dalam pelbagai bahasa terutamany­a jika kita mahu menjadi pemain global

” penting. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Menteri Perumahan

memimpin negeri ini.

“Jika Adenan tidak kuat, Putrajaya tidak akan mendengar suara kita,” ujarnya.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Abang Johari (lima kanan) menyampaik­an replika cek bernilai RM500,000 kepada Chai dan Wong. Turut kelihatan Dr Sim (empat kanan).
TERIMA KASIH: Abang Johari (lima kanan) menyampaik­an replika cek bernilai RM500,000 kepada Chai dan Wong. Turut kelihatan Dr Sim (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia