Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit: Impak ke atas PKS masih belum jelas

Ia dilihat beri kesan positif kepada pengusaha

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Impak kejatuhan nilai ringgit negara ini terhadap pendapatan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS) masih belum dapat dipasti lagi, kata Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian ( Pelaburan dan Promosi), Datuk Julaihi Narawi.

Jelasnya, kejatuhan nilai ringgit merupakan satu fenomena baharu dan masalah global yang tidak hanya melibatkan negara ini malah banyak negara lain seluruh dunia.

“Kalau kita lihat di Malaysia, kita belum lagi dapat pasti impak sebenar kejatuhan ringgit ini,” katanya kepada pemberita, petang semalam.

Julaihi ditemui pemberita selepas majlis penutupan dan penyampaia­n Sijil Kursus Teknologi Pemprosesa­n Makanan: Hasilan Kerepek dan Sos di Dewan MUC. Kursus selama dua hari ini telah disertai 56 peserta.

Beliau yang juga Menteri Muda Pembanguna­n Luar Bandar memberitah­u, kejatuhan mata wang negara itu dilihat memberi kesan positif kepada pengusaha PKS.

“Kalau kita lihat daripada segi tarikan dari luar negara, barang kita lebih murah. Jika kita menarik pembeli dari luar negara dan dapat jumlah yang besar, maknanya kita boleh mendapat faedah di situ.

“Dari segi perkhidmat­an, kalau pelancong datang dan mereka rasa tempat ini murah untuk dilawati, jadi kita boleh menarik kedatangan pelancong ke tempat kita,” jelasnya.

Namun menurut Julaihi, beliau percaya keadaan akan pulih seperti sediakala memandangk­an asas ekonomi negara ini masih lagi kukuh.

Ditanya mengenai pembanguna­n Estet Perindustr­ian Ringan di Sibu, beliau berkata akan membawa perkara tersebut kepada Menteri Kemajuan Industri untuk dibincangk­an.

“Kita sudah ada estet perindustr­ian ringan di Sibu, namun estet ini nanti khusus untuk industri pemprosesa­n makanan dan sebagainya.

“Kita akan berbincang dengan agensi- agensi yang lain sepeti LCDA bagi melihat apa yang boleh kita buat bagi membantu pengusaha PKS di sini,” katanya.

Menyentuh mengenai pulut panggang Sibu amat terkenal, Julaihi berkata ia merupakan satu perusahaan boleh diambil atau diterokai oleh pengusaha di sini.

“Jika kita lihat di Sibu, mana-mana orang datang ke sini akan bawa balik pulut panggang Sibu, meskipun ada pulut panggang lain.

“Cuma kini bagaimana kita hendak meningkatk­an kualiti dan jangka hayatnya agar dapat dibawa ke pasaran di luar Sibu. Ini amat penting untuk produk seperti pulut panggang ini untuk berkembang pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah ADUN Nangka Dr Annuar Rapa’ee, ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie, ADUN Daro Murni Suhaili, Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohammad, Temenggung Stanley Geramong serta yang lain.

Kalau kita lihat daripada segi tarikan dari luar negara, barang kita lebih murah. Jika kita menarik pembeli dari luar negara dan dapat jumlah yang besar, maknanya kita boleh mendapat

situ. ” faedah di Datuk Julaihi Narawi Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian (Pelaburan dan Promosi)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia