Utusan Borneo (Sarawak)

Jejantas RM6 juta di Bintulu siap April

-

BINTULU: Warga Bintulu tidak perlu lagi merisikoka­n nyawa mereka menyeberan­g jalan besar dari Assyakirin Commerce Square ke Medan Jaya apabila sebuah jejantas berkos RM6,383,386.60 bakal dibina menyeberan­g laluan itu dalam tempoh enam bulan dan dijadual siap pada 4 April 2016.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Rodziah Morshidi berkata, syarikat kontraktor yang akan membina jejantas untuk laluan pejalan kaki di Blok 31, Kemena Landa District itu ialah Hing Hong Constructi­on.

Majlis menandatan­gani kontrak tersebut telah diadakan di Ibu Pejabat BDA Wisma Bintulu antara BDA yang diwakili Rodziah dan Setiausaha merangkap P K ( P rundangan) BDA, Siti Aishah Othman, manakala Hing Hong Constructi­on diwakili oleh Pengurusny­a, Wong Hung Sing dan Pengurus Tapak, Hii Tau Lee.

Majlis itu turut disaksikan oleh Pemangku Timbalan Pengurus Besar BDA, Bohari Kipli; Penolong Pengurus Besar (Khidmat Korporat), Sh ikhA N ddi Aminullah, pengurus kanan, pegawai-pegawai BDA dan ketua-ketua masyarakat setempat.

Rodziah berkata, skop kerja membabitka­n pembinaan jejantas pejalan kaki yang panjangnya dianggarka­n 90 meter x 6 meter lebar dan dua platform 700 meter persegi setiap satu dan satu `Bus Bay’.

“P j k i i

b banyak faedah kepada komuniti setempat dan menarik perhatian banyak pihak. Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing juga kerap bertanya kepada saya mengenai projek ini yang mana akhirnya dapat dilaksanak­an dengan penyerahan pembinaan projek tersebut kepada pihak kontraktor hari i i ” j l

 ??  ?? SERAH PROJEK: Rodziah (dua kiri) menyerahka­n dokumen kontrak bagi projek pembinaan jejantas dari Assyakirin Commerce Square ke Medan Jaya kepada Wong (dua kanan) sambil disaksikan oleh (dari kiri) Siti Aishah dan Hii.
SERAH PROJEK: Rodziah (dua kiri) menyerahka­n dokumen kontrak bagi projek pembinaan jejantas dari Assyakirin Commerce Square ke Medan Jaya kepada Wong (dua kanan) sambil disaksikan oleh (dari kiri) Siti Aishah dan Hii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia