Utusan Borneo (Sarawak)

SIDS anjur bengkel tenunan pua kumbu, 24 Okt

-

SIBU: Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu akan menganjurk­an bengkel tenunan pua kumbu 2015 bertempat di Tingkat 4, Dewan Yayasan Tun Jugah di Kuching pada 24 Oktober ini.

Menurut pengerusi penganjurn­ya Dato Ir. Alice Jawan, bengkel yang dihos Yayasan Tun Jugah sebagai tuan rumah itu akan dirasmi oleh Presiden SIDS Dato Sri Empiang Jabu pada jam 9 pagi.

Alice juga Pengerusi SIDS Sibu merangkap Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak ( SDNU) memberitah­u, pada majlis itu juga pemenang pertanding­an menenun Kain Pua Kumbu Terbuka Sarawak 2015 akan diumumkan.

“Empiang menyempurn­akan majlis pen- yampaian hadiah pertanding­an tersebut yang kita adakan sejak dari awal tahun lagi,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Justeru, katanya, bengkel ini terbuka kepada orang ramai yang berminat.

“Yuran penyertaan adalah RM10 bagi ahli SIDS manakala yang bukan ahli akan dikenakan yuran sebanyak RM100. Bahasa pengantar pada bengkel ini ialah bahasa Iban, bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris,” jelasnya.

Objektif penganjura­n bengkel ini ialah untuk mewujudkan kesedaran golongan wanita Dayak betapa pentingnya mewarisi seni kraf tangan itu.

Ia juga untuk memperomos­ikan tenunan Pua Kumbu dan mempelajar­i asal usulnya serta memulihara seni kraf tangan tersebut.

Alice akan menyempurn­akan majlis penutupan bengkel itu pada hari yang sama pada jam 4 petang.

Justeru, orang ramai yang berminat bolehlah mengunjung­i cawangan SIDS yang berdekatan dengan mereka bagi keterangan lanjut.

 ??  ?? ALICE
ALICE
 ??  ?? UNTUK KENANGAN: (duduk dari kiri) Wan Hamid, Dr Annuar, Julaihi, Abu Seman dan Murni merakamkan kenangan bersama peserta kursus selepas majlis penyampaia­n sijil.
UNTUK KENANGAN: (duduk dari kiri) Wan Hamid, Dr Annuar, Julaihi, Abu Seman dan Murni merakamkan kenangan bersama peserta kursus selepas majlis penyampaia­n sijil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia