Utusan Borneo (Sarawak)

Identiti lambang kewujudan kaum: Razi

Penganjura­n majlis khatamal al-Quran mampu bawa impak positif kepada masyarakat

- Oleh Kepu Sidi

DEBAK: Masyarakat harus sedar bahawa tradisi itu merupakan sebahagian daripada imej dan identiti kepada kewujudan sesebuah kaum terdapat di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohamad Razi Sitam berkata, aktiviti seperti penganjura­n majlis khatamal al- Quran merupakan satu program mampu membawa impak yang positif kepada matlamat ini.

“Generasi muda pada masa ini wajar dan sepatutnya berusaha mempelajar­i atau memahami perkara berkaitan terutamany­a daripada generasi terdahulu agar pembentuka­n identiti ini dapat diwarisi secara berterusan.

“Penganjura­n majlis berkenaan juga berperanan memberi pedoman kepada golongan muda di samping meningkatk­an kemahiran mereka membaca al-Quran ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Generasi muda pada masa ini wajar dan sepatutnya berusaha mempelajar­i atau memahami perkara berkaitan terutamany­a daripada generasi terdahulu agar pembentuka­n identiti ini dapat

berterusan. ” diwarisi secara Mohamad Razi Sitam ADUN Saribas

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Khatamal Al-Quran Beramai- Ramai Pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Bandar Debak, kelmarin.

Jelasnya, majlis seperti itu mampu memberi galakan kepada anak supaya membaiki mutu pembacaan kitab al-Quran di samping mereka berusaha memahami apa yang dibaca.

Dalam majlis ini seramai 66 murid lelaki dan perempuan sekolah tersebut terdiri daripada murid darjah enam diraikan pada majlis yang meriah setelah masing-masing berjaya khatam al-Quran.

Jelas Razi,selain menerima pendidikan formal di sekolah,ilmu keagamaan juga berperanan menjadi panduan kepada murid dalam menghadapi kehidupan seharian.

“Melalui penghayata­n pembacaan al-Quran,ia berperanan meningkatk­an jati diri generasi muda untuk lebih mendalami ilmu agama.

“Selain menerima pendidikan formal di sekolahsek­olah, ilmu agama yang mencukupi juga mampu menjadi benteng bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang,”jelasnya.

Beliau turut berharap agar ilmu agama terus diterapkan kepada murid sehingga mereka meningkat dewasa dan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya berharap anda semua akan sentiasa berusaha menimba serta menambah ilmu keagamaaan dengan lebih mendalam sehingga meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi.

“Jadikanlah kitab al-Quran sebagai teman hidup kerana ia merupakan panduan hidup kita di dunia dan sehingga akhir hayat,”nasihat Razi.

Tambahnya, generasi muda yang berperanan sebagai pelapis perlu berasa bangga selain, menyimpan perasaan sayang dan cinta terhadap budaya sendiri.

“Langkah ini sejajar hasrat kerajaan melahirkan pemimpin berwawasan di samping mewujudkan kesinambun­gan mengekalka­n perpaduan dan kesejahter­aan rakyat pada masa depan.

“Sehubungan itu, seni tradisi yang pernah menjadi kemegahan dan budaya kaum Melanau juga berperanan penting bagi merealisas­ikan hasrat berkenaan.

“Usaha menggalakk­an generasi muda supaya lebih berminat menyertai aktiviti sihat wajar dipergiatk­an sejajar dengan perkembang­an semasa,” katanya lagi.

Turut hadir sama pada majlis ini ialah Guru Besar SK Datuk Bandar, Razenah Sepawi serta guru dan kakitangan sekolah terbabit.

 ??  ?? GILAP BAKAT: Razi bersama dengan pelajar Khatamal Al-Quran SK Datuk Bandar Debak.
GILAP BAKAT: Razi bersama dengan pelajar Khatamal Al-Quran SK Datuk Bandar Debak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia