Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti luar bandar terus dibela kecapi pembanguna­n

-

BELAWAI: Komuniti kawasan luar bandar terus dibela dan tidak ketinggala­n untuk menikmati hasil kemajuan dan pembanguna­n melalui pelan transforma­si yang digerak kerajaan Barisan Nasional (BN) lanjutan daripada pelan pembanguna­n selama ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar, Datu Haji Len Talif Salleh berkata, uasaha itu digerak dengan pelbagai saluran dan pelan yang memberi manfaat masyarakat.

“Contoh terbaik ialah Lebuh Raya Pan Borneo melibatkan kos RM15 bilion. Projek bermula dalam waktu terdekat ini merupakan projek infrastruk­ur amat besar daripada kerajaan persekutua­n,” katanya pada Majlis Ibadah Korban anjuran Bank Islam (M) Berhad di Dewan Masyarakat Kampung Jerijeh Baharu di sini, baru- baru ini.

Jelasnya, begitu juga usaha menghapusk­an tol, penambahan elaun kebajikan untuk golongan miskin, meneruskan nan kuasa kepada negeri ini di samping amat menitibera­tkan soal pendidikan selain tegas dalam usaha memerangi wan rasuah dan mendukung integriti.

Menurutnya, aspek pembanguna­n insan juga tidak kerajaan mahu generasi muda menjadi generasi cemerlang yang mampu memacu hala tuju pembanguna­n pada masa depan.

“Kita amat memerlukan amalan kerja, pelaksanaa­n dan pemantauan yang cekap oleh semua pihak. Kerjasama yang erat antara rakyat dengan kerajaan, sudah pasti melicinkan lagi pelaksanaa­n perancanga­n ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.35 Belawai berkata, Sarawak adalah kubu dan dengan pentadbira­n dan ketegasan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem membela isu-isu tempatan.

Malah katanya, perjuangan beliau untuk membangun Sarawak di samping merapatkan jurang keselesaan antara luar bandar perlu mendapat sokongan semua pihak.

Dalam pada itu, Len juga mahu generasi muda mempersiap diri dalam pelbagai kemahiran hidup dan ilmu pengetahua­n.

Katanya, tidak ada ele- menjamin pembanguna­n dan kemajuan selain perpaduan utuh dalam kalangan mereka.

“Rakyat harus memelihara ketenteram­an dan kestabilan kerana ia merupakan sebahagian daripada nadi kekuatan kita. Serentak itu, kerjasama padu juga amat mustahak bagi membolehka­n setiap agenda yang dirancang dapat menjadi kenyataan,” katanya.

Tambah Len lagi, usaha bersepadu itu dilaksanak­an menerusi pelbagai pendekatan supaya rakyat menikmati

 ??  ?? IBADAH: Len menyaksika­n penyampaia­n ibadah korban anjuran Bank Islam (M) Berhad di Dewan Masyarakat Kampung Jerijeh Baharu, baru-baru ini.
IBADAH: Len menyaksika­n penyampaia­n ibadah korban anjuran Bank Islam (M) Berhad di Dewan Masyarakat Kampung Jerijeh Baharu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia