Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa bincang tatacara semasa berada di Mahkamah Bumiputera

-

SIBU: Tatacara dan etika ketika berada di Mahkamah Bumiputera antara yang dibincangk­an oleh Jawatankua­sa Mahkamah Bumiputera Iban Sibu pada mesyuarat tahunan jawatankua­sa terbabit, kelmarin.

Pengerusi jawatankua­sa, Pemanca James Semilan Guang berkata, semua itu bertujuan bagi memastikan proses perbicaraa­n di Mahkamah Bumiputera berjalan dengan lancar.

“Masih ada orang awam yang tidak tahu tatacara atau etika sebenar ketika berada di mahkamah semasa perbicaraa­n sesuatu kes,” ujarnya kepada pemberita selepas mesyuarat terbabit.

Disebabkan masih ada yang tidak faham, menyebabka­n keadaan di dalam mahkamah di luar kawal, selain mereka hadir ini tidak menghormat­i ketua masyarakat bertindak sebagai hakim bagi mendengar kes.

Dengan perbincang­an dijalankan katanya, jawatankua­sa berharap dapat mendidik orang ramai berhubung perkara tersebut, sekali gus melaksanak­an peraturan yang berkaitan.

Turut dibincangk­an pada mesyuarat berkaitan hal-hal perkahwina­n dan penceraian dikalangan kaum Iban, selain Adat Iban 1963.

“Ini bagi memperbaik­i kelemahan yang ada membabitka­n Adat Iban dan sebagainya,” jelasnya sambil menambah mesyuarat telah dihadiri 23 orang terdiri daripada temenggong, pemanca, penghulu dan pembantu mahkamah.

Menurut James, mesyuarat itu bertujuan membincang­kan masalah-masalah yang dihadapi oleh ketua masyarakat dalam menyelesai­kan sesuatu pertikaian.

Selain itu katanya, mesyuarat juga bagi mencari jalan serta pendekatan terbaik untuk menyelesai­kan sesuatu masalah di kawasan masingmasi­ng.

Terdahulu sebelum itu, mesyuarat telah dihadiri oleh Pegawai Daerah Sibu, Wong Hee Sieng.

Selain James, ahli jawatankua­sa yang lain terdiri daripada Temenggong Stanley Geramong selaku Penasihat, Penghulu Philip Kayak (Naib Pengerusi), Cathrine Nain (Setiausaha), Penghulu Richard Ampi (Penolong Se- tiausaha), Penghulu Jeffery Sut (Bendahari) dan Tuai Rumah Aggup Ngelambai (Penolong Setiausaha).

 ??  ?? MESYUARAT: Ahli Jawatankua­sa Mahkamah Bumiputera Iban Sibu merakamkan kenangan bersama Wong (duduk empat kanan) sebelum memulakan mesyuarat. Turut kelihatan ialah James (duduk tiga kanan), Stanley (duduk empat kiri) serta yang lain.
MESYUARAT: Ahli Jawatankua­sa Mahkamah Bumiputera Iban Sibu merakamkan kenangan bersama Wong (duduk empat kanan) sebelum memulakan mesyuarat. Turut kelihatan ialah James (duduk tiga kanan), Stanley (duduk empat kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia