Utusan Borneo (Sarawak)

Hasrat Tedong Gunda bertanding PRN dapat restu pengundi Pakan

-

SIBU: Hasrat Tedong Gunda untuk bertanding di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang semakin mendapat restu rakyat di daerah itu.

Sehari selepas diumumkan tewas kepada penyandang kerusi DUN berkenaan, Tan Sri William Mawan yang kini Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS), Tedong sudah mula bergerak menemui rakyat di kawasan itu bagi mendapatka­n sokongan.

“Saya mengakui sudah mendapat mandat yang cukup untuk bertanding pada PRN kali ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Katanya, pada PRN kali ini beliau akan bertanding atas tiket Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), sebuah parti yang pernah diterajui oleh Mawan pada satu ketika dulu.

Kesediaan beliau bertanding menggunaka­n lambang parti itu juga turut mendapat sokongan daripada ahli serta pemimpin tertinggi SPDP.

Selain itu, Tedong juga sering kelihatan hadir pada majlis-majlis anjuran SPDP termasuk majlis penghargaa­n di atas pelantikan Ahli Parlimen Mas Gading sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sementara itu, Jeffery Nyambang salah seorang ahli politik yang mewarnai dunia politik negeri pada satu ketika dulu, telah menyatakan sokongan penuh terhadap Tedong.

Jeffery kini bertugas di sebuah syarikat terkemuka di Semenanjun­g, para penyokongn­ya juga turut menyatakan sokongan terhadap Tedong pada PRN nanti.

“Bukan sahaja muda, Tedong juga merupakan individu yang berinovasi serta mempunyai kualiti dalam kepimpinan.

“Individu seperti beliau, amat diperlukan terutama dalam mencorak pembanguna­n di Pakan yang masih jauh ketinggala­n dari daerahdaer­ah lain seluruh negeri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Jeffery, lima tahun lalu Tedong masih mentah dalam dunia politik apatah lagi beliau turut mengalami masalah kekangan kewangan.

Jelasnya, kini sudah lima tahun berlalu dan Tedong semestinya memiliki pencaturan terbaik dalam perjuangan sekaligus berkecimpu­ng secara serius dalam dunia politik.

Jeffery juga memberitah­u Tedong sudah memiliki ramai pengikut selain sudah mula berpengaru­h terutama di kalangan anak-anak muda di Pakan.

 ??  ?? TURUN PADANG: Tedong (dua kiri) semasa melakukan kunjungan ke salah sebuah rumah panjang di daerah Pakan baru-baru ini.
TURUN PADANG: Tedong (dua kiri) semasa melakukan kunjungan ke salah sebuah rumah panjang di daerah Pakan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia