Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an Internet di Malaysia masih lembap: PAS

-

MIRI: Pengguna terpaksa bergantung kepada perkhidmat­an Internet lembap dengan melanggan pakej lebih murah kerana dibebani kos hidup tinggi.

Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazu­l Paijo yang mengulas mengenai penggunaan Internet di negara ini mempersoal perkhidmta­n Internet di Malaysia yang masih dianggap mahal.

“Kos langgan Internet ditawar tidak setimpal dengan kualiti perkhidmat­an,” katanya.

Beliau juga berpendapa­t bahawa kos hidup tinggi merupakan faktor pengguna Internet bergantung kepada pakej murah.

Dalam konteks Sarawak, Arifiriazu­l memberitah­u, akses mendapatka­n kemudahan Internet di negeri ini masih kurang dan banyak kawasan tidak dapat diakses perkhidmat­an itu.

“Kami konsisten dengan tawaran pembangkan­g dalam manifesto untuk memberi kemudahan WiFi percuma kepada rakyat.

“Kami yakin dengan ada akses yang baik kepada sumber maklumat, rakyat akan lebih terbuka dan bijak, “jelas beliau.

Manakala Amin Salim, 50 tahun dari Kampung Pujut Tanjong Batu memberitah­u, kerajaan harus berusaha menawar perkhidmat­an Internet laju dengan kadar bayaran murah kepada rakyat.

Kerana kepentinga­n Internet sekarang, pengguna terpaksa melanggan pakej dengan bayaran mengikut pendapatan bulanan mereka.

“Kerana kos hidup tinggi sekarang, kita juga kadangkada­ng sahaja menggunaka­n perkhidmat­an Internet, “jelasnya.

Andrew Deng, 30 dari Luak berkata, untuk talian WiFi di rumah, pengguna di sini tidak mempunyai pilihan dengan bergantung sepenuhnya dengan tawaran pakej paling murah.

“Kita mendapatka­n pakej yang mampu kita bayar. Jika kita ambil pakej mahal, ini akan membebanka­n kita, “tegas beliau.

Baru-baru ini, pemimpin pembangkan­g veteran, Lim Kit Siang mengulas tentang isu kelajuan Internet di Malaysia berbanding negaranega­ra di rantau Asia yang lain.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, walaupun terdapat pakej jalur lebar yang lebih pantas ditawarkan, majoriti pengguna cenderung memilih pakej yang lebih murah walaupun ianya lembab.

Sebenarnya terdapat pelbagai kadar kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia namun begitu kirakira 71 peratus daripada pengguna Internet Malaysia lebih menyukai pakej jalur lebar Streamyx yang lebih perlahan dengan menawarkan kelajuan antara 384 Kbps sehingga 1 Mbps.

 ??  ?? MOHAMMAD ARIFIRIAZU­L
MOHAMMAD ARIFIRIAZU­L

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia