Utusan Borneo (Sarawak)

Pemanca James Semilan dilantik sebagai pengerusi baharu JKMBI

-

SIBU: Pemanca James Semilan telah dilantik menjadi Pengerusi Ahli Jawatankua­sa Mahkamah Bumiputera Iban ( JKMBI) bagi sesi 20152016.

Pemilihann­ya dibuat pada satu mesyuarat jawatankua­sa tersebut bersama Pegawai Daerah Sibu Wong Hee Sieng di sini, kelmarin.

James menggantik­an Temenggung Stanley Gramong yang kini dipilih menjadi Penasihat JKMBI.

Naib pengerusin­ya ialah Penghulu Philip Kayak Brandah manakala jawatan setiausaha disandang oleh Catherine Nain Abet sambil dibantu oleh Penghulu Richard Ampi.

Penghulu Jeffery Sut Angan dipilih sebagai bendahari sambil dibantu oleh Tuai Rumah Aggup Ngelambai sebagai penolong bendahari. JKMBI akan dibantu oleh Pembantu Tadbirnya iaitu Judy Karin.

Ahli jawatankua­sanya yang dilantik terdiri daripada 24 orang Tuai Rumah serta Penghulu yang merupakan ‘ Assessors’ atau Penolong Hakim Mahkamah Bumiputera Iban, Sibu.

Antara tujuan mesyuarat JKMBI bersama Wong adalah untuk membincang­kan masalah-masalah yang dihadapi oleh ketua masyarakat dan ‘ Assessors’ dari masa ke semasa.

Selain itu, ia juga untuk mencari penyelesai­an atas cara yang lebih baik dan pendekatan yang sesuai untuk menyelesai­kan segala masalah yang dihadapi oleh masyarakat di kawasan masing-masing.

“Mesyuarat ini juga turut memberi peluang kepada setiap ahli menyuaraka­n dan menyaranka­n pandangan serta cadangan yang konstrukti­f atas perkara berkaitan dengan Adat Istiadat Iban,” kata jurucakap JKMBI.

JKMBI telah ditubuhkan pada 25 November 2008 dan objektif penubuhann­ya ialah untuk mengukuh ilmu pengetahua­n para ahli dalam peraturan mahkamah dan juga mendapat nasihat dari ketua lebih matang dan pengalaman serta mencari cara yang baik dan sesuai semasa berhubung dengan masyarakat dan orang awam.

Selain itu, ia turut menjadikan JKMBI sebagai landasan untuk mengemukak­an segala masalah dan permintaan kepada pihak atasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia