Utusan Borneo (Sarawak)

Terima pembanguna­n BN dengan terbuka

Rancangan kerajaan bawa faedah jangka panjang untuk tingkat taraf hidup: Dr Rayong

- Oleh Edwin Raoh

ENGKILILI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa menggesa rakyat di negeri ini menerima arus pembanguna­n dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan hati terbuka demi kesenangan diri pada masa akan datang.

Menurutnya, rakyat perlu menerima pembanguna­n dengan hati terbuka memandangk­an pembanguna­n membawa faedah jangka panjang positif terhadap diri masing-masing terutama aspek peningkata­n taraf hidup.

“Saya berpesan kepada anda semua terutama di daerah ini supaya menerima pembanguna­n dibawa BN dengan hati terbuka demi kebaikan anda sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pecah tanah Jalan Kampung Rh Will, Stuga, Engkilili bernilai RM200,000, di sini, semalam.

Dr Rayong berkata, jika rakyat menolak pembanguna­n dibawa kerajaan negeri termasuk projek pertanian komersial, penyediaan kemudahan infrastruk­tur dan sebagainya maka mereka akan menanggung kerugian.

Tindakan menolak pembanguna­n menyebab rakyat

Saya berpesan kepada anda semua terutama di daerah ini supaya menerima pembanguna­n dibawa BN dengan hati terbuka demi kebaikan anda

” sendiri. Dr Johnnical Rayong Ngipa ADUN Engkilili

sendiri akan ketinggala­n berbanding kawasan lain yang menerima pembanguna­n.

“Kerajaan selama ini sering memberikan penekanan terhadap pembanguna­n masyarakat di kawasan luar bandar terutama pertanian bercorak komersial, pembinaan kemudahan infrastruk­tur dan sebagainya,” katanya.

Beliau berharap supaya masyarakat tempatan di sekitar daerah ini terus menyokong kepimpinan BN Sarawak supaya mereka menikmati pelbagai faedah projek pembanguna­n dalam jangka masa yang panjang pada masa akan datang.

Selain itu Dr Rayong akan bahawa beliau akan mengibarka­n bendera BN di DUN Engkilili pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Beliau mahu rakyat di DUN Engkilili agar terus memberi sokongan kepadanya untuk memastikan DUN Engkilili akan mendapat majoriti besar pada PRN nanti.

“Saya yakin saya akan diberi peluang untuk mempertaha­nkan BN pada PRN negeri nanti dan beri sokongan berterusan menyaksika­n DUN mendapat majoriri besar nanti,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ketua masyarakat sekitar Engkilili dan kakitangan kerajaan Daerah Kecil Engkilili.

 ??  ?? RASMI: Dr Rayong merasmikan pecah tanah Jalan Kampung Rh Will, Stuga, Engkilili semalam.
RASMI: Dr Rayong merasmikan pecah tanah Jalan Kampung Rh Will, Stuga, Engkilili semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia