Utusan Borneo (Sarawak)

PAS Sarawak bakal tanding enam kerusi, kata Jofri

-

MIRI: PAS Sarawak akan bertanding sekurang-kurangnya di enam buah kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Pesuruhjay­a PAS Sarawak baharu, Jofri Jaraie ketika mengesahka­n perkara tersebut memberitah­u enam kerusi yang bakal ditandingi oleh calon PAS kelak ialah kerusi DUN Tanjung Datu, Muara Tuang, Beting Maro, Sadong Jaya, Sebuyau dan Belawai.

Jofri memberitah­u pihaknya juga kini sedang dalam perbincang­an dengan pihak PKR untuk empat lagi kerusi yang lain iaiti Senadin, Lambir, Jepak dan Samalaju.

“Kita kini dalam perbincang­an peringkat akhir dengan PKR, mengenai keputusan siapa yang akan bertanding di kerusi Senadin dan Lambir di Miri serta DUN Jepak dan Samalaju di Bintulu.

“Ini kerana PAS juga turut berminat dan mengintai keempat- empat kerusi tersebut selain enam sudah disahkan,” jelasnya.

Katanya perbincang­an itu perlu bagi memastikan tiada pertindiha­n calon berlaku di antara pakatan pembangkan­g, dalam usaha mereka mahu memenangi lebih banyak kerusi menjelang PRN akan datang ini, sekali gus menafikan kemenangan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN).

“Keyakinan itu juga (mahu mendapatka­n tambahan kerusi) didorong oleh keyakinan bahawa PAS Sarawak juga mempunyai calon-calon profesiona­l yang berkelayak­an dan mempunyai latar belakang keagamaan yang bagus, untuk bertanding menentang calon BN di kerusi tersebut kelak,” tambahnya.

Beliau memberitah­u perkara tersebut ketika ditanya pada sidang media yang diadakan di pejabat PAS di sini, semalam.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohammad Arifiriazu­l Paijo dan Setiausaha PAS Miri, Abdul Hadi Alias.

Menurut Jofri lagi, semua calon PAS akan bertanding kelak, terdiri daripada pelbagai latar belakang profesiona­l dengan semuanya adalah anak jati di kawasan ditandingi.

Sementara itu mengenai kerusi Senadin dan Lambir, yang turut diintai oleh PAS, Jofri berkata, jika PKR bersetuju menyerahka­n salah satu kerusi berkenaan, PAS mungkin lebih memilih Lambir, memandangk­an mereka pernah bertanding di kerusi Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.

Ditanya mengenai isu kerjasama dan kesepakata­n PAS dengan parti pembangkan­g lain yang pernah bersamasam­a membentuk Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, beliau berkata PAS Sarawak tidak mempunyai masalah dalam isu berkenaan, malah masih dan akan meneruskan kerjasama mereka dengan PKR dan DAP negeri.

“PAS Sarawak tidak pernah mengeluark­an kenyataan atau bertindak memutuskan kerjasama dengan kedua-dua parti tersebut, sebaliknya DAP (Sarawak) yang menjauhkan diri daripada kami (PAS Sarawak),” tambahnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Mohammad Arifiriazu­l memberitah­u jentera PAS Sarawak sudahpun bersedia untuk menghadapi PRN pada bila-bila masa.

“PAS Negeri sudahpun bersiap sedia dan hanya menunggu sahaja pengumuman untuk detik PRN diadakan. Kita akan menguruska­n sepenuhnya kempen-kempen kita di seluruh negeri dan hanya perkara berkaitan teknikal serta kepakaran sahaja, maka kita akan mendapat bantuan daripada PAS Pusat,” jelas beliau.

Mengenai sidang media tersebut yang diadakan bagi mengumumka­n mengenai majlis makan malam ‘Untukmu Sarawak’, beliau berkata majlis anjuran PAS Miri itu, akan diadakan pada 3 Oktober ini (esok) bertempat di Hotel Mega.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalan beliau, Tuan Ibrahim Tuan Mann dijangka hadir pada majlis tersebut kelak.

Kedua- duanya mungkin akan mengadakan sidang media pada sebelah petang, 3 Oktober ini.

 ??  ?? SERTAI KAMI: (Dari kiri) Mohammad Arifiazul, Jofri dan Abdul Hadi menunjukka­n risalah bagi jamuan malam tersebut kepada pihak media di Miri semalam.
SERTAI KAMI: (Dari kiri) Mohammad Arifiazul, Jofri dan Abdul Hadi menunjukka­n risalah bagi jamuan malam tersebut kepada pihak media di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia