Utusan Borneo (Sarawak)

OKU perlu sokongan golongan profesiona­l

-

LAWAS: Anak-anak kurang upaya ( OKU) di daerah memerlukan bantuan daripada golongan profesiona­l seperti doktor pakar, pakar psikologi, pakar terapi dan kaunseling.

Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK) Lawas, Norman Jan berkata sokongan daripada mereka perlu dalam memastikan proses pengurusan pembelajar­an OKU akan lebih sempurna selain guru dan ibu bapa.

“Bantuan profesiona­l amat diperlukan dalam menyokong ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak OKU,” katanya pada kursus motivasi dan kerjaya OKU anjuran PDK Lawas di Hotel Seri Malaysia di sini kelmarin.

Hadir sama ialah Ahli Jawatankua­sa PDK Lawas dan Penyelia PDK Lawas, Rafidah Ladang.

Norman berkata lagi PDK Lawas satu platform untuk anak-anak OKu belajar dan mendapat sebanyak mungkin kemahiran untuk berdepan dunia pekerjaan sebenar.

Beliau memberitah­u lagi PDK Lawas akan beroperasi dengan dua sesi iaitu pagi dan petang bermula Oktober ini.

Jelasnya ia akan memberi peluang kepada kanak-kanak OKU mengikuti pembelajar­an di kelas pendidikan khas mengikuti program di PDK selepas sesi persekolah­an mereka.

“Kita mempunyai lebih 80 pelajar berdaftar dan berharap melalui pelaksanaa­n jadual baru ini akan meningkat jumlah kehadiran kanakkanak OKU di PDK Lawas,” katanya.

Pada majlis itu Pegawai Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Limbang, Amran Dalim Asime, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Lawas Mohd Nur Khairul Pungut dan Pegawai Tenaga Kerja Lawas turut menyampaik­an ceramah pada program sama.

Majlis turut diserikan dengan penyampaia­n sumbangan daripada Sugar Bun Lawas kepada PDK Lawas.

 ??  ?? BERI SOKONGAN: Norman (tiga kiri) menerima sumbangan daripada wakil Sugar Bun Lawas, disaksikan yang lainnya.
BERI SOKONGAN: Norman (tiga kiri) menerima sumbangan daripada wakil Sugar Bun Lawas, disaksikan yang lainnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia