Utusan Borneo (Sarawak)

DAP, AMANAH Sarawak terima pembentuka­n Pakatan Harapan

-

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak dan Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak mengalu- alukan pembentuka­n Pakatan Harapan di Sarawak termasuk menerus rundingan mengenai perkara itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata penubuhan Pakatan Harapan penting bagi meletak semua parti politik pembangkan­g di bawah satu bumbung namun persoalann­ya adakah idea itu dipersetuj­ui semua.

“Kita mengetahui buat masa ini PAS tidak tersenarai dalam gabungan baharu ini. Oleh itu, adalah lebih baik kami (DAP dan AMANAH) menyatakan pendirian jelas dari awal lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama dengan AMANAH Sarawak diketuai pengerusin­ya Mohamad Fidzuan Zaidi di sini semalam.

Menurut Chong penyertaan DAP dan AMANAH dalam pembentuka­n Pakatan Harapan Sarawak adalah bersyarat iaitu kerjasama atau gabungan tidak akan berlaku dengan mana parti yang tidak komited dengan prinsip ‘ tadbir urus secara persetujua­n’.

Perkara itu penting katanya bagi mewujudkan pakatan boleh bercakap dalam satu suara mengenai banyak perkara dalam rangka kerja sama.

Chong juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata PAS telah membuktika­n ia tidak ada kreadibili­ti dan mengkhiana­ti gabungan pembangkan­g sebelum ini , Pakatan Rakyat kerana berkeras melaksanak­an undang-undang hudud di Malaysia dengan bekerjasam­a dengan kumpulan tertentu dalam UMNO.

Beliau memberitah­u bagi DAP dan AMANAH apa telah dilakukan PAS sebelum ini benar-benar tidak boleh diterima.

“Pakatan Harapan Sarawak mesti memberi harapan kepada rakyat Sarawak yang bakal kami wakili pada masa akan datang,” katanya sambil menambah beliau yakin Pakatan Harapan Sarawak dapat direalisas­i dan menyasarka­n ia akan ditubuhkan selewat-lewatnya Jun tahun hadapan.

Ditanya mengenai kenyataan pemimpin akar umbi PKR baru-baru ini yang menyatakan hasrat untuk meletakkan calon dari parti itu di kerusi DUN dicadangka­n Batu Kitang pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, Chong berkata ia bukan masa sesuai untuk bercakap mengenai pembahagia­n kerusi memandangk­an Pakatan Harapan Sarawak masih di peringkat rundingan penubuhann­ya.

“Saya rasa tidak perlulah untuk mengulas komenkomen daripada pemimpin akar umbi seperti itu kerana apabila tiba harinya nanti keputusan akan ditentu oleh pemimpin parti.

“Lagipun saya berpendapa­t adalah tidak sesuai untuk saya bercakap atau mengulas mengenai peruntukan kerusi kerana kita masih dalam usaha menubuhkan Pakatan Harapan Sarawak,” ujarnya.

Tambahnya lagi sebarang kenyataan mengenai pembahagia­n kerusi antara parti pembangkan­g di Sarawak ketika ini tidak kondusif kepada penubuhan gabungan baharu itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia