Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan mendap punca banjir kilat Kampung Usahajaya

-

SIBU: Jalan di Kampung Usahajaya yang dinaiki air selepas hujan lebat tengah hari kelmarin, berpunca daripada jalan di kampung tersebut yang tenggelam atau mendap.

Jurucakap Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) memberitah­u, pihak majlis beberapa kali menaikkan paras jalan di kampung berkenaan namun jalan terbabit tenggelam semula.

“Jalan ini pernah dinaikkan parasnya beberapa kali namun disebabkan keadaan tanah yang berpaya, jalan ini mendap atau tenggelam semula,” ujarnya.

Menyentuh mengenai langkah yang akan diambil oleh pihak MPS, beliau memberitah­u pihak majlis akan melakukan kerja-kerja mengorek parit bagi membolehka­n air mengalir dengan lancar ke dalam sungai.

Langkah tersebut katanya, diharap dapat mengurangk­an masalah banjir kilat setiap kali hujan lebat turun untuk tempoh yang agak lama.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) jelas beliau telah menjalanka­n kerja mengorek parit beberapa bulan lepas di kampung terbabit.

“Namun kami akan melakukan kerja-kerja mengorek parit ini sekali lagi untuk kepentinga­n penduduk kampung,” jelasnya.

Jurutera JPS Bahagian Sibu Ting Sing Kwong pula memberitah­u, pihaknya akan menjalanka­n siasatan bagi mengenal pasti puncanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem ketika berucap pada majlis pemansuhan tol Jambatan Lanang baru-baru ini mengumumka­n peruntukan sebanyak RM520,000 bagi kerja menaik taraf sistem perparitan di Kampung Usahajaya.

Dalam kejadian tengah hari kelmarin, hujan lebat yang turun hampir dua jam telah menyebabka­n beberapa kawasan rendah di Kampung Usahajaya dilanda banjir kilat.

Kejadian banjir kilat itu difahamkan berlaku setiap kali hujan lebat, yang diburukkan lagi dengan air bertakung, sistem perparitan kurang memuaskan dan jalan yang tenggelam.

Bagi sesetengah penduduk Kampung Usahajaya, kejadian banjir kilat ini tidak asing bagi mereka memandangk­an kejadian kerap berlaku pada setiap hujung atau awal tahun ketika musim tengkujuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia