Utusan Borneo (Sarawak)

Bersatu promosi warisan S’wak menerusi puisi

-

KUCHING: Menteri Pelanconga­n Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mahu anak Sarawak bersatu mempromosi kebudayaan dan warisan di negeri ini menerusi pengucapan mahupun penulisan puisi.

Ini kerana, katanya, budaya berpuisi telah lama wujud di negeri ini.

“Kita mahu bandar raya (Kuching) kita dikenali dengan budaya puisinya kerana menerusi puisi akan lahirlah keharmonia­n sejajar dengan gelaran Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan.

“Selain itu, usaha ini juga adalah wajar supaya nilai dan budaya berpuisi itu tidak terus hilang ditelan zaman,” katanya ringkas sebelum mendeklama­si puisi bertajuk ‘Budaya Kita’ hasil nukilan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP) Cawangan Sarawak Dr Hazami Jahari di Tebingan Kuching, malam kelmarin.

Beliau mendeklama­si puisi sempena Malam Pengucapan Puisi Bandar Raya Kuch- ing 2015 anjuran bersama DBP Cawangan Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan kerajaan negeri.

Turut menyertai Abang Johari menyampaik­an puisi ialah Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Talib Zulpilip yang mendeklama­si puisi nukilannya sendiri dan Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai yang menyampaik­an puisi nukilan sendiri bertajuk ‘ Bandarku Bandaraya Perpaduan.’

Selain itu, wakil Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan ( MBKS) Abang Affandi Abang Anuar juga mengalunka­n rentak penyampaia­n puisinya yang dinukilkan oleh tokoh sasterawan terkenal tanah air, Jais Sahok yang bertajuk ‘Bandar Kita Kaya’ serta penyampaia­n puisi oleh Ahli Lembaga Pengelola DBP Datu Dr Adi Badiozaman Tuah yang bertajuk ‘Dalam Tidur Aku Masih Teringat Kuching’ hasil nukilannya sendiri.

 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Johari bersama jemputan lain menyempurn­akan acara memotong kek sebagai simbolik perasmian Malam Pengucapan Puisi Bandar Raya Kuching 2015 di Tebingan Kuching, malam kelmarin.
SIMBOLIK: Abang Johari bersama jemputan lain menyempurn­akan acara memotong kek sebagai simbolik perasmian Malam Pengucapan Puisi Bandar Raya Kuching 2015 di Tebingan Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia