Utusan Borneo (Sarawak)

KIBW akan dianjur pada skala lebih besar

Acara promosi Sarawak berjaya menarik ramai penunggang motosikal berkuasa tinggi

- Oleh Jessica Jawing

Acara ini telah dimasukkan dalam Kalendar Acara Pelanconga­n Sarawak dan kita berharap KIBW dianjurkan dengan skala lebih besar dan menarik pada tahun hadapan dengan mengumpulk­an semua peminat dan penunggang motosikal

“berkuasa tinggi pada masa akan datang. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Muda Pembanguna­n Belia (Bandar)

KUCHING: Menteri Muda Pembanguna­n Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mahu penganjura­n Kuching Internatio­nal Bike Week (KIBW) diadakan dengan lebih mengagumka­n dengan menjemput lebih ramai penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Menurut beliau, KIBW yang diadakan dua tahun sekali itu ternyata menerima sambutan memberangs­angkan daripada peminat serta penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pada tahun ini dianjurkan dengan jayanya.

“Apabila penganjur datang berjumpa dengan saya untuk membantu dalam menganjurk­an acara ini, saya agak ragu-ragu sama ada ia mampu menjadi kenyataan namun hari ini ia ternyata amat berjaya.

“Ia acara yang di luar jangkaan dan merupakan hasil sokongan serta kerjasama semua pihak termasuk sektor swasta, penaja, agensi kerajaan, agengsi penguatkua­saan selain dua kementeria­n iaitu Kementeria­n Pelanconga­n dan Kementeria­n Pembanguna­n Sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Malam Penghargaa­n KIBW 2015 yang dihadiri isteri Ketua Menteri juga Penaung KIBW Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu, pengerusi pengelola juga Presiden ITBCK Datin Elly Zalilah serta Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad di sini, malam kelmarin.

KIBW 2015 yang diadakan pada 3 hingga 6 September lepas merupakan anjuran Iron Tiger Bikers Club Kuching (ITBCK) dan disertai lebih kurang 1,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada sembilan negara termasuk Malaysia.

Tambah Abdul Karim, kini acara berkenaan telah dimasukkan dalam Kalendar Acara Pelanconga­n Sarawak sekali gus platform untuk menganjurk­an acara lebih besar pada tahun 2017.

“Acara ini telah dimasukkan dalam Kalendar Acara Pelanconga­n Sarawak dan kita berharap KIBW dianjurkan dengan skala lebih besar dan menarik pada tahun hadapan dengan mengumpulk­an semua peminat dan penunggang motosikal berkuasa tinggi pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, pada majlis sama penunggang motosikal berkuasa tinggi Sarawak, Alex Wong menyampaik­an cek bernilai RM32,000 untuk Yayasan Jantung Sarawak yang diserahkan kepada Jamilah.

Wong meraih dana berkenaan selepas memenangi bidaan amal untuk Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyanyika­n dua lagu semasa Majlis Makan Malam Gala KIBW pada 5 September lepas.

 ??  ?? UNTUK AMAL: Wong (empat kanan) menyampaik­an cek sumbangan untuk Yayasan Jantung Sarawak kepada Jamilah (tiga kiri) sambil disaksikan Abdul Karim (tiga kanan) serta tetamu jemputan lain.
UNTUK AMAL: Wong (empat kanan) menyampaik­an cek sumbangan untuk Yayasan Jantung Sarawak kepada Jamilah (tiga kiri) sambil disaksikan Abdul Karim (tiga kanan) serta tetamu jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia