Utusan Borneo (Sarawak)

JKM Miri kenal pasti dua ibu tunggal baharu, hulur bantuan

-

MIRI: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri kelmarin mengenal pasti dua ibu tunggal baharu dari kawasan Niah dekat sini.

Kedua- dua ibu tunggal tersebut, Rohana Nawi mempunyai empat anak terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan manakala Siti Fariza Abdullah mempunyai dua anak, masing- masing seorang lelaki dan perempuan.

Kedua- dua ibu tunggal berkenaan telah dikenal pasti oleh ejen JKM Miri yang dilantik bagi kawasan Niah dan Suai, Penghulu Haw Min Wai yang kemudianny­a memaklumka­n perkara berkenaan kepada JKM di sini.

Pihak JKM menerusi wakilnya Singat Raya, kemudian menemui kedua- dua ibu tunggal berkenaan bagi mendapatka­n maklumat lanjut berhubung status kedua- duanya yang masih baharu serta mendaftark­an mereka di bawah program bantuan khususnya bagi ibu tunggal.

Singat yang diiringi Penghulu Haw serta Kaunselor Sulaiman Ahmad yang mewakili Menteri Muda Pembanguna­n Keluarga dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Rosey Yunus turut menghulurk­an bantuan makanan dan keperluan dapur kepada kedua-dua ibu tunggal berkenaan.

Sementara itu, Penghulu Haw yang juga ketua masyarakat Cina Niah, berharap dengan memperkena­lkan kedua-dua ibu tunggal tersebut kepada pihak JKM, ia akan memudahkan mereka menerima bantuan serta pelbagai kemudahan lain daripada JKM.

Sehubungan itu, beliau berharap mana-mana penduduk di kawasan tersebut yang memerlukan bantuan JKM dan masih belum diketahui oleh beliau, supaya tampil memaklumka­n kepadanya agar kes mereka dapat diserah kepada JKM untuk tindakan susulan.

 ??  ?? BANTUAN: Rohana (dua kanan) menerima bantuan daripada Haw sambil disaksikan Sulaiman (dua kiri) dan Singat.
BANTUAN: Rohana (dua kanan) menerima bantuan daripada Haw sambil disaksikan Sulaiman (dua kiri) dan Singat.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Lai (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Soeb sebagai tanda kenangan.
PENGHARGAA­N: Lai (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Soeb sebagai tanda kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia