Utusan Borneo (Sarawak)

PPM Wilayah Dua gagalkan cubaan seludup masuk 15,400 peket rokok

-

JOHOR BAHARU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menggagalk­an cubaan menyeludup masuk 15,400 peket rokok bernilai RM143,851 termasuk cukai dalam serbuan di jeti nelayan Sungai Sanglang, dekat Pontian, awal pagi semalam.

Komanderny­a ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata serbuan dilakukan kira-kira jam 1.50 pagi oleh 10 anggota PPM yang sebelum itu melakukan intipan di laut dan di darat sejak dua minggu lepas.

“Ketika serbuan, dipercayai empat suspek sedang memunggah rokok seludup terbabit dari sebuah bot ke dalam kereta Toyota Estima,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Khiu berkata semua suspek bagaimanap­un gagal ditahan kerana berjaya melarikan diri ke kawasan hutan paya bakau berhampira­n sejurus menyedari kehadiran polis.

Beliau berkata pemeriksaa­n ke atas bot dan kereta kemudian menemui rokok pelbagai jenama yang dipercayai dari Indonesia.

Katanya kesemua rokok, kereta serta bot fiber dengan satu enjin sangkut itu diram- pas untuk siasatan mengikut Seksyen 135 ( 1)( e) Akta Kastam 1967.

“Sejak Januari hingga kini, PPM Wilayah Dua melakukan 53 rampasan rokok dengan nilai kira-kira RM3.31 juta termasuk cukai,” katanya.

Selain itu, empat bot laju, lima enjin sangkut dan 12 kenderaan bernilai RM614,000, turut dirampas kerana terlibat dalam aktiviti penyeludup­an, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERJAYA DIRAMPAS: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menggagalk­an cubaan menyeludup masuk 15,400 peket rokok bernilai RM143,851 termasuk cukai dalam serbuan di Jeti Nelayan Sungai Sanglang, dekat Pontian, awal semalam. Khiu (tiga kiri)...
— Gambar Bernama BERJAYA DIRAMPAS: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menggagalk­an cubaan menyeludup masuk 15,400 peket rokok bernilai RM143,851 termasuk cukai dalam serbuan di Jeti Nelayan Sungai Sanglang, dekat Pontian, awal semalam. Khiu (tiga kiri)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia