Utusan Borneo (Sarawak)

Pua dapat kebenaran semakan kehakiman cabar perintah larangan ke luar negara

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam membenarka­n permohonan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee untuk mendapatka­n kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar perintah Ketua Pengarah ( KP) Imigresen yang melarangny­a ke luar negara.

Hakim Datuk Asmabi Mo- hamad membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Pua selaku pemohon, manakala Peguam Kanan Persekutua­n Shamsul Bolhassan bertindak bagi pihak KP Imigresen dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Gobind Singh ketika ditemui pemberita berkata mahkamah membenarka­n permohonan Pua untuk mendapatka­n kebenaran semakan kehakiman dan menetapkan 15 Okt untuk pengurusan kes.

Pada 19 Ogos lepas, Pua yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, menuntut deklarasi bahawa perintah KP Imigresen yang menghalang­nya ke luar negara pada 22 Julai 2015, adalah bertentang­an dengan undang-undang. Oleh itu, ia tidak sah dan batal.

Beliau juga memohon satu perintah certiorari untuk membatalka­n perintah itu, ganti rugi khas, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pua mendakwa perintah dan keputusan itu adalah ultra vires kerana beliau tidak diberikan notis atau diberikan peluang berhubung perintah larangan itu.

Beliau juga mendakwa keputusan itu adalah tidak munasabah, tidak adil dan bersifat mala fide kepadanya.

Pua ketika itu berada di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk ke Yogyakarta, Indonesia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia