Utusan Borneo (Sarawak)

‘Tanggungja­wab bersama’ selesaikan konflik Timur Tengah, kata Ban Ki-moon

Guna semua wadah bantu kemudi MENA ke arah kebebasan, keselamata­n dan maruah

-

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu ( PBB) Ban Kimoon menggesa masyarakat antarabang­sa, khususnya Majlis Keselamata­n PBB (UNSC) menggunaka­n semua wadah yang ada untuk membantu mengemudi MENA ( Timur Tengah dan Afrika Utara) ke arah mencapai kebebasan, keselamata­n dan maruah.

Berucap pada Majlis Keselamata­n pada Rabu, beliau mengingatk­an tentang tanggungja­wab masyarakat antarabang­sa untuk memastikan penyelesai­an aman terhadap konflik di Syria dan pada masa sama tidak terlepas pandang supaya pihak yang melakukan jenayah serius di kawasan konflik dipertangg­ungjawabka­n.

“Iraq, Libya, Syria dan Yaman menjadi kebimbanga­n kita semua dan resolusi mereka merupakan tanggungja­wab bersama kita,” kata Ban pada mesyuarat peringkat menteri Majlis Keselamata­n mengenai penyelesai­an konflik di Timur Tengah dan Afrika Utara dan menangani ancaman keganasan di rantau itu.

Beliau berkata masalah yang membelengg­u rantau itu, ada antara kawasan kini dilanda konflik mengancam nyawa dan darurat kemanusiaa­n paling teruk, dengankump­ulan pengganas seperti ISIL dan rakan sekutu Al-Qaeda “meningkatk­an lagi keganasan dan menyukarka­n usaha bagi penyelesai­an”.

“Walaupun setiapnya berbeza, krisis dan konflik di Iraq, Libya, Syria dan Yaman mempunyai persamaan dari segi akibatnya,” katanya.

Ban berkata dengan konflik bersenjata di rantau Timur Tengah dilihat tidak akan kendur, mengakibat­kan rakyat biasa menderita dan mendorong mereka menjadi pelarian di pelbagai negara, dan Syria dilihat paling terjejas.

“Ia telah mengundang masalah demi masalah; penggunaan senjata kimia, kebangkita­n ISIL dan kumpulan-kumpulan ekstremis; krisis pelarian paling teruk sejak Perang Dunia Kedua; lebih lapan juta orang di negara itu kehilangan tempat tinggal”.

Sehubungan itu, Ban merayu UNSC memberikan sokongan padu terhadap usaha Duta Khas beliau Staffan de Mistura dalam menggalakk­an peralihan politik komprehens­if dan berwibawa berdasarka­n Pernyataan Geneva 2012, “yang menetapkan pelan damai yang jelas bagi peralihan demokratik dan kekal menjadi asas bagi mana-mana penyelesai­an secara aman”.

Setiausaha Agung PBB itu mengambil perhatian bahawa konflik, kegagalan tadbir urus dan pencabulan hak asasi manusia secara sistematik bukan sahaja menjejaska­n Timur Tengah dan Afrika Utara tetapi juga dunia.

“Wanita dan gadis didera secara sistematik. Masa depan anak muda ditarik daripada mereka sebelum mereka berpeluang untuk mempunyai cita-cita dan impian.

“Kita perlu bekerjasam­a untuk menghentik­an kitaran ini, menggunaka­n semua wadah PBB. Penduduk di Timur Tengah dan Afrika Utara memerlukan sokongan padu kita untuk menghadapi semua ujian ini dan memgemudi rantau itu ke arah mencapai kebebasan, keselamata­n dan maruah untuk semua,” katanya.

Menyentuh mengenai cara dan kaedah untuk menghentik­an keganasan, Ban berkata “tidak memadai sekadar usaha menangani keganasan; perlu mencegah keganasan ekstremism­e dan pada masa sama perlu berhati-hati agar tidak mengambil langkahyan­g akan menanamkan rasa kebencian dan pengasinga­n yang menjadi punca kepada keganasan.”

Bagi tujuan itu, katanya PBB bekerjasam­a dengan rakanrakan untuk memperluas­kan bantuan pembinaan kapasiti kepada negara anggota, termasukme­nyekat aliran pejuang pengganas asing dan membantera­s jenayah berkaitan seperti penyeludup­an dadah dan jenayah siber.

“Dalam sidang Perhimpuna­n Agung ini, saya akan memberikan kepada negara anggota, pelan tindakan komprehens­if yang menggarisk­an cara yang kami boleh bekerjasam­a dalam melaksanak­an usaha ini,” katanya.

Mesyuarat peringkat menteri Majlis Keselamata­n itu dipengerus­ikan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov, susulan Rusia merupakan presiden Majlis bagi September yang dipegang secara giliran.

Dalam perkembang­an lain, Ban turut menghadiri upacara bersejarah mengibarka­n bendera Palestin di ibu pejabat PBB pada Rabu.

Berucap pada upacara itu, Setiausaha Agung PBB itu menyifatka­n ia “hari membanggak­an bagi rakyat Palestin di seluruh dunia ... hari harapan” dan menurutnya upacara penting itu adalah simbol kepada ‘tindakan ke arah yang betul”.

“Upacara menaikkan bendera anda di Pertubuhan Bangsa Bersatu mencermink­an komitmen Pihak Berkuasa Palestin untuk memperjuan­g- kan impian rakyat Palestinse­lama ini untuk mempunyai negara mereka sendiri. Ia juga melambangk­an komitmen berterusan PBB untuk menyokong aspirasi rakyat Palestin,” katanya.

Ban berkata usaha untuk rakyat Palestin mempunyai negara sendiri memerlukan beberapa tindakan dan langkah pertama adalah untuk memastikan Tebing Barat dan Gaza disatukan menjadi pihak berkuasa tunggal.

“Kini masanya untuk memulihkan keyakinan pihak Israel dan Palestin untuk mencapai penyelesai­an secara aman dan akhirnya, usaha untuk merealisas­ikan dua negara untuk rakyat kedua-dua pihak dicapai.

“Saya berharap kejayaan proses damai akan membawa kepada bendera Palestin dikibarkan di tempat yang sepatutnya ia perlu berada - sebagai negara berdaulat dalam kalangan keluarga negara PBB.

“Mari kita berusaha bersama- sama untuk merealisas­ikan aspirasi yang dibawa bendera ini -- Israel dan Palestin, hidup berjiran secara aman dan selamat,” katanya. — Bernama

Iraq, Libya, Syria dan Yaman menjadi kebimbanga­n kita semua dan resolusi

“mereka merupakan tanggungja­wab bersama kita. Ban Ki-moon Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia