Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 3,300 kes keganasan rumah tangga dilaporkan pada Januari-Ogos tahun ini

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 3,343 kes keganasan rumah tangga dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini dengan 2,528 kes melibatkan wanita, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata berdasarka­n statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 4,807 kes keganasan rumah tangga dilaporkan pada tahun lepas dengan 3,545 melibatkan wanita berbanding 4,123 kes pada tahun 2013 (3,055 melibatkan wanita).

Dalam tempoh lapan bulan itu, beliau berkata sebanyak 1,127 orang merupakan mangsa kes keganasan rumah tangga yang berumur antara 26 hingga 35 tahun, diikuti 36 hingga 45 tahun (750), bawah 25 tahun (615), 46 hingga 59 tahun (572) dan 60 tahun ke atas (279), katanya.

Punca keganasan berlaku termasukla­h perselisih­an faham yang mana 2,511 kes dilaporkan, ugutan ( 339), masalah wang (192), masalah anak (90) dan mabuk (84), katanya dalam sidang media selepas melancarka­n Kempen 90 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2015 di sini semalam.

“Banyak lagi kes keganasan rumah tangga tidak dilaporkan kerana pelaku berasa tindakan mereka tidak mengasari atau mengganas sebaliknya ia adalah satu tanggungja­wab untuk mengajar atau mendidik isteri. Wanita harus sedar hak dan tampil buat laporan,” katanya.

Kempen berkenaan merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanak­an bagi memastikan wanita hidup dalam persekitar­an selamat, bebas dari sebarang bentuk penderaan, penganiaya­an dan keganasan.

Rohani berkata keganasan rumah tangga melibatkan penderaan fizikal, mental, seksual, sosial dan ekonomi yang menyebabka­n mangsa mengalami trauma yang lebih rumit.

“Biasanya mangsa memilih untuk tidak melepaskan diri kerana takut akan pelaku, selain berdepan dengan tekanan sosial, misalnya daripada ahli keluarga dan rakan-rakan,” katanya, sambil menambah masyarakat berperanan menghulurk­an bantuan sekiranya kes keganasan rumah tangga berlaku dalam komuniti.

Bagi membantu mangsa keganasan khususnya dari aspek mengurangk­an trauma, Rohani berkata terdapat 129 One Stop Crisis Centre (OSCC) di hospital-hospital besar kerajaan di seluruh negara bagi membolehka­n mangsa keganasan mendapatka­n rawatan komprehens­if dan berpusat.

Beliau berkata perkhidmat­an Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam bagi membuat aduan mengenai kes-kes krisis yang berlaku dalam masyarakat seperti penderaan dan pembuangan bayi juga wajar dimanfaatk­an. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? STOP!: Rohani membuat isyarat ‘Stop’ sebagai simbolik kepada ‘Tidak’ terhadap keganasan terhadap wanita selepas melancarka­n Kempen 90 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama STOP!: Rohani membuat isyarat ‘Stop’ sebagai simbolik kepada ‘Tidak’ terhadap keganasan terhadap wanita selepas melancarka­n Kempen 90 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia