Utusan Borneo (Sarawak)

Negara ASEAN terima deklarasi Kuala Lumpur perangi jenayah transnasio­nal

-

KUALA LUMPUR: Semua 10 negara anggota ASEAN semalam menegaskan komitmen untuk bekerjasam­a lebih rapat dalam memerangi ruang tradisiona­l dan baharu jenayah transnasio­nal.

Melalui Deklarasi Kuala Lumpur dalam Memerangi Jenayah Transnasio­nal pada akhir Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN mengenai Jenayah Transnasio­nal ( AMMTC) mereka mengambil maklum mengenai kemunculan bentuk baharu jenayah transnasio­nal, seperti yang dilaporkan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah, termasuk isu-isu yang berhubung kait atau pergerakan luar aturan manusia.

Antara langkah yang diambil melalui deklarasi ialah sidang AMMTC diadakan setiap tahun bagi perundinga­n berterusan berikutan perkembang­an dan evolusi isu terbabit yang sangat pantas.

Mereka juga mengesahka­n penyeludup­an hidupan liar dan balak serta pemerdagan­gan manusia sebagai bidang baru jenayah transnasio­nal, menyokong kerja ke arah meningkatk­an Perjanjian Bantuan Perundanga­n Bersama (MLAT) dalam Perkara Je- nayah, serta sokongan terhadap tugas Mesyuarat Menteri Undang-Undang ASEAN bagi meluaskan kerjasama mengenai isu ekstradisi.

Terdahulu majlis menandatan­gani deklarasi disempurna­kan oleh para menteri dan ketua delegasi dari 10 negara dengan Malaysia diwakili Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri kemudianny­a menyerahka­n deklarasi kepada Timbalan Setiausaha Agung ASEAN Hirubalan Velupilla Ponnudura sebagai simbol bahawa anggota ASEAN menerima dokumen berkenaan.

Mereka juga bersetuju mengekalka­n peranan utama ASEAN dan kepentinga­n serantau dalam rangka kerja dan mekanisme serantau, serta meluaskan ruang tanggungja­wab apabila terdapat keperluan.

Sementara itu melalui deklarasi tersebut ASEAN akan menggalakk­an penerimaan instrumen perundanga­n antarabang­sa sedia ada dalam memerangi jenayah transnasio­nal dan juga menggalakk­an pelaksanaa­n secara berkesan peruntukan berkaitan mengenai jenayah transnasio­nal seperti yang dikenal pasti dalam pasca Majlis Keselamata­n-Politik ASEAN 2015.

Mereka juga mengukuhka­n kapasiti sistem keadilan jenayah termasuk hakim, pendakwa raya dan para pegawai penguatkua­sa dalam lingkungan ASEAN dan dengan pertubuhan antarabang­sa dan serantau berkaitan.

Turut tersenarai dalam deklarasi ialah kesediaan semua negara anggota bekerjasam­a dan melaksana maklumat berkesan dengan pemegang kepentinga­n berkaitan termasuk sektor swasta, media dan masyarakat sivil.

Menurut kenyataan sekrataria­t Deklarasi Kuala Lumpur dalam Memerangi Jenayah Transnasio­nal mencermink­an komitmen diperbahar­ui dan berterusan oleh ASEAN berhubung isu berkaitan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERANGI JENAYAH: Zahid mewakili ketua delegasi menyerahka­n deklarasi kepada Timbalan Setiausaha Agung ASEAN Hirubalan Veluppilla Ponnudura di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERANGI JENAYAH: Zahid mewakili ketua delegasi menyerahka­n deklarasi kepada Timbalan Setiausaha Agung ASEAN Hirubalan Veluppilla Ponnudura di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia