Utusan Borneo (Sarawak)

Produk Nature’s Rest dijual separuh harga 2-4 Oktober di Beetex Home Centre

-

KUCHING: Beetex Home Centre mengadakan promosi tilam bermula hari ini hingga Ahad (2 - 4 Oktober) sempena pelancaran produk Nature’s Rest.

Dalam tempoh promosi, semua produk Nature’s Rest diberi diskaun 50 peratus dan banyak hadiah percuma akan diberikan.

Harga yang ditawarkan termasuk rebat RM400 untuk menjual ganti tilam lama.

Beetex menawarkan banyak pakej bagi memenuhi pelbagai keperluan. Bagi setiap pembelian Tilam Spring Bloomfield Queensize 5’ X 10’ berharga RM1,180, pembeli akan mendapat dua bantal percuma sama seperti bagi pembelian Tilam Spring Bloomfield 6’ X 10’.

Di bawah promosi Beli Satu Percuma Empat, pembelian Tilam Spring Bloomfield Queen bersaiz 5’ X 10’ pada harga RM1,899 disertai dengan satu katil saiz Queen, dua bantal antidebu dan satu bantal peluk antidebu manakala setiap pembelian tilam spring Bloomfield saiz Queen 6’ X 10’ pada harga RM2,099, pembeli akan mendapat satu katil saiz Queen, dua bantal antidebu dan satu bantal peluk antidebu.

Di bawah promosi Beli Satu Percuma Lima, setiap pembelian tilam spring Pillow Top Foresta bersaiz 5’ X 13’ pada harga RM2,399, pembeli akan mendapat satu katil saiz Queen atau King, dua bantal antidebu dan satu bantal peluk antidebu serta satu cadar tilam antidebu manakala pembelian tilam spring Pillow Top Foresta saiz 6’ X 13’ pada harga RM2,899, pembeli layak mendapat lima hadiah percuma yang sama.

Selain itu, terdapat satu lagi pakej Beli Satu Tilam Percuma Satu Tilam dan Empat Hadiah Percuma.

Pembelian tilam Latex dengan spring Crown Platinium 3 Zone Pocket pada harga RM3,599 akan menerima tilam Bloomfield bersaiz 3.5’ X 10’, dua bantal antidebu dan satu bantal peluk antidebu serta cadar tilam antidebu manakala pembelian tilam Latex den- gan spring Crown Platinium 3 Zone Pocket saiz 6’ X 13’ berharga RM3,999 akan mendapat hadiah yang sama.

Nature’s Rest ditubuhkan di Amerika Syarikat pada 1996 dan menghasilk­an produk tidur mesra alam untuk memberi tidur semula jadi yang nyenyak menggunaka­n sumber terbaik bumi.

Sumber bumi seperti getah 100 peratus semula jadi dan fabrik kapas organik adalah sebahagian komponen yang digunakan untuk menghasilk­an tilam berkualiti tinggi.

Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjung­i Beetex Home Centre di Jalan Tabuan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 082-428863 atau 082-427863.

 ??  ?? TERBAIK: (Dari kiri) Pengarah Pemasaran Snoozzz Sdn Bhd’s Alam Chew, Pengurus Bilik Pameran Beetex Jerry Tiong dan Pentadbir Eksekutif Beetex Jocelyn Tiong bersama wakil jualan menunjukka­n simbol bagus kepada tilam Nature’s Rest.
TERBAIK: (Dari kiri) Pengarah Pemasaran Snoozzz Sdn Bhd’s Alam Chew, Pengurus Bilik Pameran Beetex Jerry Tiong dan Pentadbir Eksekutif Beetex Jocelyn Tiong bersama wakil jualan menunjukka­n simbol bagus kepada tilam Nature’s Rest.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia