Utusan Borneo (Sarawak)

Zahid selar pengkritik, hanya pandai mengkritik

Tidak tahu menghargai usaha kerajaan menyediaka­n perkhidmat­an terbaik untuk dinikmati rakyat

-

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menyelar pihak- pihak yang hanya pandai mengkritik kerajaan dan tidak menghargai usaha kerajaan menyediaka­n perkhidmat­an terbaik untuk rakyat.

Beliau berkata pihak berkenaan layak digelar golongan jumud yang hanya tahu menikmati kemudahan yang disediakan tetapi tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan.

Sebagai contoh, katanya kerajaan menyediaka­n lebih RM300 juta setiap tahun menerusi Jabatan Pendaftara­n Negara ( JPN) bagi membiayai urusan pendaftara­n dan pengeluara­n dokumen pengenalan diri kepada penduduk negara ini.

“Masih ramai lagi yang tidak tahu bahawa dokumen pengenalan diri ini seperti MyKid dan MyKad mendapat subsidi kerajaan. Kos bahan mentah untuk MyKid

Angka ini boleh meningkat hingga 23,000 setiap hari semasa musim perayaan atau cuti sekolah. Sejumlah 5.69 juta permohonan diproses oleh JPN pada tahun lepas, peningkata­n hampir

” 11.2 peratus berbanding tahun 2013.

adalah RM9.05 sekeping namun dikeluarka­n secara percuma.

“Kos bahan mentah MyKad RM22.80 sekeping walaupun bayaran hanya RM10. Mana ada kerajaan yang ‘berniaga’ begini. Itupun tidak dihargai sebaliknya hanya tahu mengkritik sahaja,” katanya ketika berucap merasmikan Hari JPN di sini, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata malah, beberapa negara luar seperti Tanzania dan Uganda telah mengunjung­i JPN untuk mempelajar­i perancanga­n dan pelaksanaa­n sistem pendaftara­n negara kita.

“Kenapa negara luar boleh menghargai kejayaan kita, tetapi segelintir rakyat Malaysia yang menerima perkhidmat­an terbaik tidak menghargai kita dan tidak berterima kasih kepada JPN.

“Jadi, kita beritahu pengkritik kerajaan, sedarlah bahawa kerajaan sentiasa melakukan terbaik untuk rakyatnya. Jangan mengkritik sahaja dan ketahuilah bahawa tidak ada negara lain secepat JPN dalam memproses dokumen peristiwa penting,” jelasnya.

JPN menyediaka­n perkhidmat­an kaunter 365 hari setahun dari pagi hingga ke malam di 228 cawanganny­a di seluruh negara termasuk di 10 Pusat Transforma­si Bandar (UTC) dan Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC).

Proses pengeluara­n sijil kelahiran dan kematian mengambil masa 20 minit, MyKid (satu jam) dan MyKad dalam 24 jam di 45 cawangan JPN termasuk di Putrajaya dan semua cawanganny­a di Pusat Transforma­si Bandar (UTC).

“Setiap hari, lebih kurang 19,000 permohonan berkaitan dengan perkahwina­n, kelahiran, kematian, dan kad pengenalan diterima di semua cawangan JPN atau melalui program turun padang.

“Angka ini boleh meningkat hingga 23,000 setiap hari semasa musim perayaan atau cuti sekolah. Sejumlah 5.69 juta permohonan diproses oleh JPN pada tahun lepas, peningkata­n hampir 11.2 peratus berbanding tahun 2013,” katanya.

Pada majlis sama, Ahmad Zahid juga menyampaik­an kad pengenalan Warga MalaysiaEv­olusi Dokumen Pengenalan diri, sijil pengupacar­aan perkahwina­n dan dokumen pengenalan diri kepada 30 penerima. — Bernama

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? ANUGERAH: Ahmad Zahid (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Jiwa Rakyat kepada Ali Hassan Nowi (JPN Sarikei, Sarawak), sempena Hari Pendaftara­n Negara di Bangunan JPN, Khamis.
— Gambar Bernama ANUGERAH: Ahmad Zahid (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Jiwa Rakyat kepada Ali Hassan Nowi (JPN Sarikei, Sarawak), sempena Hari Pendaftara­n Negara di Bangunan JPN, Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia