Utusan Borneo (Sarawak)

Tengku Abdullah mahu tenun diraja Pahang tembusi pasaran Asia Tenggara

-

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap agar industri kain tenun diraja Pahang yang dihasilkan oleh para banduan serta penduduk kampung dapat diperluas sehingga ke peringkat antarabang­sa khususnya bagi pasaran di Asia Tenggara.

Baginda bertitah kain tenun diraja Pahang yang dahulunya banyak dihasilkan oleh penduduk kampung di Pahang kini semakin diminati ramai bukan sahaja dari kalangan rakyat negara ini tetapi juga dari negara jiran khususnya Indonesia.

“Kini industri dimajukan oleh para banduan dan juga orang-orang kampung sekitar Pahang...Saya harap ia dapat dihasilkan sebaik mungkin dan boleh dikembangk­an ke seluruh Asia Tenggara,” titahnya.

Beliau bertitah demikian kepada pemberita selepas berangkat merasmikan Galeri Tenun Bandar dan Pusat Sumber Tenun Diraja Pahang, di Jalan Sultan, dekat sini semalam.

Turut berangkat hadir Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Iskandar; Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar dan Pengerusi Jawa- tankuasa Pelanconga­n dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Terdahulu, Zulkifli dalam ucapannya berkata, dengan kewujudan galeri berkenaan ia memberi semangat kepada warga Jabatan Penjara dan Kementeria­n Dalam Negeri untuk mengangkat seni warisan Pahang dan pada masa sama memberi peluang kepada penghuni penjara membina masa depan yang baharu dengan kemahiran yang mereka peroleh.

Katanya, sejak bengkel Tenun Diraja Pahang dibuka di penjara Penor dan Bentong hampir 500 penghuni dilatih dalam bidang tenun.

“Kini terdapat 119 penghuni kedua-dua penjara tersebut sedang mengikuti kelas kemahiran penghasila­n kain tenun diraja Pahang.

“Seramai 27 bekas penghuni berjaya memperoleh sijil kemahiran dalam bidang tenun dan amat membanggak­an tiada seorang pun dari mereka kembali mengulangi kesalahan atau dimasukkan semula ke penjara,” katanya.

Ketika ini, bengkel Tenun Diraja Pahang di penjara di negeri ini membabitka­n projek berskala besar dengan sasaran pengeluara­n 100 helai sebulan, dengan nilai jualan tahunan kira-kira RM60,000.

Ia turut menjadi pilihan beberapa pereka fesyen terkemuka negara termasuk Rizalman, Jovian Mandagie dan Bernard Chandran. — Bernama JOHOR BAHARU: Majlis Bandaraya Johor Baharu ( MBJB) akan mengambil tindakan tegas terhadap kirakira 5,000 pemilik premis yang masih gagal mematuhi peraturan papan iklan di sekitar bandar raya ini.

Pengarah Penguatkua­saan MBJB Khairulanu­ar Esa berkata tindakan yang bermula semalam dilakukan bagi menjamin keselamata­n orang ramai memandangk­an pemasangan papan iklan yang terlalu besar membawa risiko bahaya.

Khairulanu­ar berkata menerusi operasi pertama hari ini, enam premis di Jalan Harimau Tarom, di sini diberikan notis dengan satu daripadany­a akur menurunkan papan iklan yang tidak mengikut spesifikas­i ditetapkan.

Menurutnya, pemilik premis diberikan tempoh sehingga 1 Januari tahun depan untuk menurunkan papan iklan terbabit atau berdepan tindakan seperti digantung lesen perniagaan dan barangan yang disita tidak dikembalik­an kerana akan dilupuskan.

“MBJB telah menggarisk­an panduan, syarat lesen serta iklan mengikut Undang-Undang Kecil Iklan 2010 untuk dipatuhi peniaga,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CANTIK: Tengku Abdullah dan Tunku Azizah melihat kain ‘ Tenun Pahang’ ketika berkenan mencemar duli merasmikan Galeri Tenun Bandar dan Pusat Sumber Tenun Pahang Diraja Jabatan Penjara Malaysia semalam.
— Gambar Bernama CANTIK: Tengku Abdullah dan Tunku Azizah melihat kain ‘ Tenun Pahang’ ketika berkenan mencemar duli merasmikan Galeri Tenun Bandar dan Pusat Sumber Tenun Pahang Diraja Jabatan Penjara Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia