Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Media Johor agih 1,000 penutup hidup dan mulut

-

PUTRAJAYA: Duta Besar China di Malaysia, Dr Huang Huikang diminta membuat penjelasan rasmi jika kenyataann­ya yang dikeluarka­n ketika melawat Jalan Petaling baru-baru ini telah disalah tafsir, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya ia merupakan keputusan sebulat suara yang dicapai dalam mesyuarat kabinet yang dipengerus­ikan oleh beliau kelmarin.

Beliau menegaskan tindakan Wisma Putra memanggil duta itu merupakan amalan biasa mengikut saluran diplomatik, yang bertujuan meminta penjelasan daripada beliau mengenai kenyataann­ya ketika melawat Jalan Petaling tempoh hari.

“Wisma Putra cuma ingin meminta beliau mengesahka­n sama ada kenyataann­ya itu telah disalah tafsir atau sebaliknya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Pendaftara­n Negara di sini semalam.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata sekiranya Dr Huang telah mengeluark­an kenyataan di Jalan Petaling seperti dilaporkan, maka Wisma Putra akan menasihati beliau supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman politik negara.

Katanya ia termaktub dalam Artikel 41, Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

“Jika Duta Besar China menyatakan kenyataan beliau disalah tafsir, Wisma Putra akan meminta beliau untuk mengeluark­an kenyataan berhubung perkara sebenar berlaku,” kata Ahmad Zahid.

“Walaupun duta China telah mengeluark­an beberapa kenyataan di surat khabar Mandarin, tetapi pendirian jemaah menteri dan Wisma Putra supaya kenyataan rasmi perlu dikeluarka­n oleh duta China itu supaya persepsi lawatan itu dapat diperbetul­kan,” katanya.

Wisma Putra sebelum ini dilaporkan memanggil Dr Huang untuk meminta penjelasan daripada beliau tentang kenyataan yang dibuat semasa lawatan beliau ke Jalan Petaling. — Bernama JOHOR BAHARU: Kelab Media Johor ( KMJ) semalam menjalanka­n tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dengan mengagihka­n 1,000 penutup hidung dan mulut kepada murid Sekolah Kebangsaan ( SK) Kompleks Uda, di sini, berikutan kualiti udara yang merosot akibat jerebu.

Presidenny­a Mohamad Fauzi Ishak berkata inisiatif itu bertujuan menitikber­atkan aspek kesihatan terhadap kanak-kanak sekali gus membantu pihak sekolah dalam menyediaka­n penjagaan kesihatan.

“KMJ amat prihatin kepada masyarakat sekeliling dalam menghadapi persekitar­an terjejas ketika ini lebih-lebih lagi murid sekolah.

“Tugas kami selaku pengamal media bukan sekadar melaporkan berita sebaliknya kami juga mempunyai peranan dan tanggungja­wab kepada masyarakat dalam menangani masalah jerebu ini,” katanya.

Mohd Fauzi berkata demikian kepada pemberita se- lepas mengagihka­n penutup hidung dan mulut berkenaan dengan diiringi Guru Besar SK Kompleks Uda, Sari’at Mokmin.

Sehubungan itu, beliau menasihati ibu bapa supaya lebih peka dalam mengawasi anak masing- masing termasuk membiasaka­n diri mereka dengan memakai penutup hidung dan mulut.

Sementara itu, Sari’at berkata sekolah yang memiliki 933 murid itu menyambut baik inisiatif KMJ ber- kenaan.

“Ada segelintir murid yang batuk ekoran persekitar­an kini... ini julung kali sekolah ini menerima agihan penutup hidung harap murid dan guru manfaatkan­nya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AGIH: Mohamad Fauzi (kiri) dan Sari’at (kanan) mengagihka­n penutup hidung dan mulut kepada murid-murid tahun satu dan pendidikan khas di SK Kompleks Uda Johor Baharu berikutan kualiti udara yang merosot akibat jerebu semalam.
— Gambar Bernama AGIH: Mohamad Fauzi (kiri) dan Sari’at (kanan) mengagihka­n penutup hidung dan mulut kepada murid-murid tahun satu dan pendidikan khas di SK Kompleks Uda Johor Baharu berikutan kualiti udara yang merosot akibat jerebu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia