Utusan Borneo (Sarawak)

Veterinar Kedah lupus 1,626 anjing liar setakat ini

-

ALOR SETAR: Bagi membendung penularan jangkitan penyakit anjing gila atau rabies di Kedah, Jabatan Veterinar negeri telah melupuskan sebanyak 1,626 ekor anjing liar di negeri ini setakat ini.

Selain itu, jabatan berkenaan turut memberi vaksin kepada 2,010 ekor anjing di seluruh negeri ini, kata pengarahny­a Dr Kamaliah Ghazali.

“Sehingga kini, sebanyak 18 ekor anjing dikesan positif rabies dengan 17 daripadany­a adalah anjing liar manakala seekor adalah anjing peliharaan. Kesemua anjing ini telah pun dilupuskan,” katanya kepada Bernama semalam.

Beliau berkata pihaknya turut mencatatka­n 42 kes gigitan anjing terhadap manusia di Kedah setakat ini tetapi tiada kes jangkitan rabies kepada manusia dilaporkan setakat ini.

Mengenai kawalan penularan penyakit itu di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, Dr Kamaliah berkata Jabatan Veterinar Kedah menjalinka­n kerjasama dengan agensi kerajaan lain di sempadan negara.

“Pihak Jabatan ( Veterinar Kedah) membuat pemantauan dan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa di sempadan untuk mendapatka­n maklumat tentang anjing-anjing liar di kawasan terbabit,” katanya.

Minggu lepas, Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, BadanBadan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata kerajaan negeri sedang menimbang untuk meminta kerjasama Thailand membendung kemasukan anjing liar daripada negara itu menerusi sempadan bersama negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia