Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo hasilkan satu lagi keajaiban United, City dipaksa bekerja keras sebelum benam Wolfsburg dan Moenchengl­adbach

-

PARIS, Perancis: Dua kelab dari kota Manchester menikmati malam yang menggembir­akan buat England dalam aksi Liga Juara- Juara sementara penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menghasilk­an satu lagi keajaiban Rabu lepas.

M a n c h e s t e r United dan Manchester City masing-masing dipaksa bekerja keras s e b e l u m m e n a n g 2 - 1 k e atas Wolfsburg dan Borussia Moenchengl­adbach, keduaduany­a dari Jerman dan ia berlaku selepas dua lagi wakil England, Chelsea dan Arsenal, tewas pada perlawanan hari Selasa.

Ronaldo sementara itu menjaringk­an gol ke- 500 dalam kerjayanya dan kemudian menyamai rekod gol Raul Gonzalez dengan 323 gol untuk Real Madrid ketika Real menewaskan Malmo 2-0 di Sweden.

Manchester United dan City mahu bangkit dari kekalahan pada perlawanan pertama kejohanan dua minggu lepas dan United mengembali­kan semula saingan dalam Kumpulan B selepas bangkit dari ket-

“Ia sangat sukar kerana mereka

awal.” menjaringk­an gol Louis van Gaal

Pengurus Manchester United

inggalan.

Daniel Caligiuri meletakkan Wolfsburg di hadapan seawal minit kelima di Old Trafford tetapi Juan Mata memper- olehi dan menyempurn­akan tendang a n penalti untuk mengikat kedudukan sebelum rehat dan satu umpanan cantik Mata membolehka­n Chris Smalling menjaringk­an gol kemenangan pada awal separuh masa kedua. “Ia sangat sukar kerana mereka menjaringk­an gol awal,” kata pengurus United, Louis van Gaal ketika memberitah­u penyiaran BT Sport. “Dan kemudian, kami beraksi dengan sangat baik. Kami mencipta banyak peluang tetapi gagal melakukan penyudah sebelum saya fikir kami bernasib baik dengan satu tendangan penalti. “Kemudian kami menjaringk­an gol kemenangan dan selepas itu, kami berhempas-pulas mengekalka­n kedudukan. Kami perlu mengawal bola dengan baik dalam separuh masa kedua.”

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu kini bersaing empat penjuru dalam Kumpulan B dengan semua pasukan berkongsi tiga mata selepas CSKA Moscow menewaskan PSV Eindhoven 3-2 di Rusia pada perlawanan lain. PSV menewaskan United di Belanda dua minggu lepas tetapi mereka hilang rentak dalam separuh masa pertama di Arena Khimki, di mana Ahmed M u s a memb u k a jaringan sebelum Sey- dou Doumbia menambah jaringan dan memperoleh­i satu tendangan penalti.

Doumbia boleh menjaringk­an hatrik tetapi rembatan penalti beliau melambung tinggi, dan PSV merapatkan kedudukan apabila Maxime Lestinne menjaringk­an dua gol dalam separuh masa kedua tetapi CSKA bertahan sehingga ke wisel penamat dengan PSV juga kehilangan seorang pemain selepas Santiago Arias dibuang padang.

Manchester City berterima kasih kepada Sergio Aguero kerana tenang menyempurn­akan tendangan penalti pada minit kecederaan ketika menewaskan Gladbach 2-1 di Borussia-Park dalam aksi Kumpulan D dan mengutip kemenangan pertama selepas tewas kepada Juventus di laman sendiri pada perlawanan pertama.

Ia kemenangan berharga dengan Gladbach terlepas peluang membuka jaringan lebih awal apabila Raffael memperoleh­i tendangan penalti tetapi gagal menewaskan penjaga gol City, Joe Hart.

Gladbach bagaimanap­un membuka jaringan sembilan minit selepas rehat menerusi gol Andreas Christense­n tetapi City mengikat kedudukan menerusi gol Nicolas Otamendi sebelum Aguero menjaringk­an gol kemenangan.

Juventus mendahului Kumpulan D selepas mencipta kemenangan kedua dengan menewaskan Sevilla 2-0 di Turin menerusi gol Alvaro Morata dan Simone Zaza.

Di Sweden, Mateo Kovacic dan Isco berganding­an cantik untuk mengumpan bola kepada Ronaldo untuk membuka jaringan, gol ke-500 dalam kerjayanya dari 753 perlawanan, dalam separuh masa pertama perlawanan menentang Malma untuk aksi Kumpulan A.

Malmo kehilangan seorang pemain apabila Yoshimar Yotun dibuang padang sebelum Ronaldo menjaringk­an gol kedua untuk menyamai rekod Raul.

Paris Saint Germain (PSG) berkongsi enam mata dengan Real di tangga teratas Kumpulan A selepas menewaskan Shakhtar Donetsk 3- 0 di Ukraine. Gol kemenangan PSG dijaringka­n Serge Aurier, David Luiz dan gol sendiri Darijo Srna.

Pada perlawanan lain, Benfica, menguasai Kumpulan C selepas bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Atletico Madrid 2-1 menerusi gol Nicolas Gaitan dan Goncalo Guedes, selepas Angel Correa meletakkan Atletico di hadapan.

Astana mengutip mata pertama mereka dalam pertanding­an ini selepas seri 2- 2 dengan Galatasara­y di Kazakhstan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERSEJARAH: Ronaldo meraikan jaringan pertamanya pada perlawanan menentang Malmo di Stadium Swedbank di Malmo, Sweden pada Rabu lepas.
— Gambar AFP BERSEJARAH: Ronaldo meraikan jaringan pertamanya pada perlawanan menentang Malmo di Stadium Swedbank di Malmo, Sweden pada Rabu lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? PRESTASI HEBAT: Van Gaal (kanan) berjabat tangan dengan Smalling ketika meraikan kemenangan sulung United selepas menewaskan Wolfsburg pada aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford di Manchester, England pada Rabu lepas.
— Gambar AFP PRESTASI HEBAT: Van Gaal (kanan) berjabat tangan dengan Smalling ketika meraikan kemenangan sulung United selepas menewaskan Wolfsburg pada aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford di Manchester, England pada Rabu lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? CETUS SPEKULASI: Ronaldo (kanan) diasak hebat oleh pemain pertahanan Malmo, Jo Inge Berget di Stadium Swedbank di Malmo, Sweden pada Rabu lepas.
— Gambar AFP CETUS SPEKULASI: Ronaldo (kanan) diasak hebat oleh pemain pertahanan Malmo, Jo Inge Berget di Stadium Swedbank di Malmo, Sweden pada Rabu lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia