Utusan Borneo (Sarawak)

Mudah hilang bola resahkan Van Gaal

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester United, Louis van Gaal memberi amaran tentang bahaya untuk pasukannya dalam Liga Juara-Juara jika tidak belajar menamatkan saingan dengan lebih meyakinkan.

Juan Mata menjaringk­an satu tendangan penalti dan mengumpan gol kemenangan buat Chris Smalling ketika United bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Wolfsburg 2-1 di Old Trafford untuk kemenangan pertama dalam Kumpulan B selepas tewas kepada PSV Eindhoven pada perlawanan pertama dua minggu lepas.

Tetapi United mengharung­i beberapa debaran sebelum tamat permainan dengan cubaan Andre Schuerrle dan Ricardo Rodriguez hampir menerjah jaring dan Van Gaal berasa terkejut dengan kehilangan rentak pertahanan­nya.

“Selepas gol Smalling, kami tidak bermain dengan baik dan ia sememangny­a luar biasa kerana kami berjaya mengawal bola dengan baik dalam enam atau enam perlawanan terakhir,” kata beliau di mana pasukannya sudah menang empat perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an.

“Saya fikir kami memberikan segala- galanya dalam separuh masa pertama untuk bangkit dalam permainan ini dan juga masalah yang sama dari perlawanan minggu lepas juga di mana saya tidak faham kenapa kami terlalu mudah kehilangan bola.

“Saya fikir semangat berpasukan mengekalka­n saingan kami dalam perlawa- nan.”

Beliau menambah: “Kami harus meningkat dengan mendadak untuk berada di kemuncak Eropah.

“Hari ini ( Rabu), kami memenangi perlawanan ini tetapi ia mungkin lebih bagus lagi. Saya fikir kami selayaknya menang kerana kami mencipta lebih banyak peluang berbanding Wolfsburg.”

Daniel Caligiuri meletakkan Wolfsburg di hadapan seawal minit keempat tetapi menghadiah­kan tendangan penalti kepada United apabila rembatan Mata terkena tangan pemain pertahanan dalam kotak penalti.

Mata menyempurn­akan tendangan penalti untuk mengikat kedudukan sebelum mengumpan bola kepada Smalling pada minit ke-53 untuk gol kemenangan.

“Saya tidak bercakap tentang prestasi individu tetapi saya pernah melihat Mata bermain dengan lebih baik berbanding hari ini,” kata Van Gaal.

Mata juga mendedahka­n selepas perlawanan di mana beliau telah menggantik­an kapten pasukan, Wayne Rooney sebagai pengambil tendangan penalti pertama dan Van Gaal mengesahka­n ia adalah keputusan beliau.

“Saya membuat semua keputusan,” kata beliau apabila ditanya oleh seorang wartawan jika beliau ada membincang­kan perkara itu dengan Rooney.

“Saya sentiasa berkomunik­asi dengan pemain saya. Semua orang tahu kecuali kamu (wartawan).” — AFP

 ?? Gambar Reuters ?? AKSI LONGLAI: Pemain Wolfsburg, Ricardo Rodriguez berjaya merampas bola daripada Rooney (kanan) ketika bersaing pada perlawanan Liga Juara-Juara di Old Trafford, Manchester pada Rabu lepas
Gambar Reuters AKSI LONGLAI: Pemain Wolfsburg, Ricardo Rodriguez berjaya merampas bola daripada Rooney (kanan) ketika bersaing pada perlawanan Liga Juara-Juara di Old Trafford, Manchester pada Rabu lepas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia