Utusan Borneo (Sarawak)

Masa depan Ronaldo bersama Madrid terus menjadi persoalan

-

MADRID, Sepanyol: Cristiano Ronaldo enggan komited dengan masa depannya di Real Madrid, beberapa jam selepas berkongsi rekod gol terbanyak kelab apabila menjaringk­an dua gol Rabu lepas.

Ronaldo menyamai rekod 323 gol yang dipegang bekas penyerang legenda kelab, Raul ketika Real Madrid menewaskan Malmo 2- 0 dalam aksi Liga Juara-Juara walaupun Raul bermain lebih 400 perlawanan lebih banyak berbanding Ronaldo untuk Real Madrid.

Ronaldo juga sudah menjaringk­an 500 gol dalam kerjayanya pada malam yang sama.

Ronaldo sudah lama dikaitkan dengan satu kepulangan ke Manchester United, di mana beliau menjadi

i bi di 2003 dan 2009 sebelum satu rekod perpindaha­n dunia ketika itu bernilai 80 juta euro ke Real Madrid.

Satu perpindaha­n ke Paris Saint Germain ( PSG) atau mungkin perpindaha­n mengejut ke Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat, turut menjadi spekulasi.

“Saya gembira di sini, saya mahu memenangi kejuaraan di sini. Saya berasa selesa tetapi seperti yang saya katakan banyak kali, tiada siapa yang akan tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan,” kata Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali itu ketika memberitah­u stesen radio Sepanyol, Cadena SER.

“Kita akan lihat apa yang berlaku esok tetapi ketika ini, saya berasa gembira di R l M d id ” b h beliau.

“Saya sudah mencapai sesuatu di sini, saya berasa gembira. Saya mahu memenangi sesuatu bersama Real Madrid kerana saya fikir kelab ini mempunyai potensi untuk menang tetapi saya tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.”

Ronaldo bercakap kepada media Sepanyol yang hadir di Sweden buat kali pertama sejak bulan Februari selepas Real dimalukan 0- 4 oleh Atletico Madrid.

Ronaldo dikritik teruk kerana menghadiri majlis ulang tahun kelahiran beliau yang ke- 30 pada malam kekalahan itu di mana penyanyi Colombia, Kevin Roldan mengeluark­an gambar beliau bersama- sama dengan Ronaldo dan pemain Real lain dalam media sosial.

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia