Utusan Borneo (Sarawak)

‘Pembayaran tidak setia’ cetus keraguan

Beberapa persekutua­n semak semula sokongan terhadap Platini sebagai presiden baharu

-

ZURICH, Switzerlan­d: Negara-negara utama yang menyokong presiden badan induk bola sepak Eropah ( UEFA), Michel Platini sebagai calon presiden baharu badan induk bola sepak dunia (FIFA), mula mengambil pendekatan lebih berhati- hati kepada pencalonan­nya ketika pihak berkuasa Switzerlan­d menyiasat rasuah dalam melibatkan pembayaran dua juta dolar oleh FIFA kepada beliau.

Platini menjadi calon pilihan untuk menggantik­an Sepp Blatter pada pilihan raya presiden FIFA 26 Februari depan tetapi sejak Jumaat lepas, apabila polis Switzerlan­d meletakkan Blatter dalam siasatan jenayah dan m e n u d u h b e l i a u melakuk a n “pem-

Kami melakukann­ya kerana kami fikir beliau adalah presiden UEFA yang hebat dan boleh membawa kualiti kepimpinan ke FIFA. Kami masih mengekalka­n

” pandangan itu.

Kenyataan FA Inggeris

bayaran tidak setia” bernilai 2 juta Swiss francs kepada Platini pada 2011 di atas tugasan yang dilakukan di antara Januari 1999 dan Jun 2002.

Platini dan Blatter menafikan sebarang salah laku dalam skandal, yang diperluask­an lagi siasatan sejak 14 pegawai tertinggi FIFA dan eksekutif pemasaran ditahan dalam satu serbuan pada bulan Mei berd a s a r k a n p e n d a k - waan oleh p i h a k berkuasa A m e r i k a S y a r i k a t ( AS) kerana rasuah, penggubaha­n wang haram d a n

peni- puan atas talian.

Tetapi beberapa persekutua­n berkata mereka akan menyemak semula sokongan kepada Platini bergantung kepada siasatan tentang pembayaran dua juta itu.

Ketika tidak menggugurk­an sokongan kepada Platini, persekutua­n bola sepak England, Jerman dan Itali, menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai dakwaan itu sementara FA Sweden berkata kes itu mungkin mengganggu sokongan mereka.

UEFA berkata Platini telah bertemu dengan penyiasat Selasa lepas tetapi, Peguam Negara Switzerlan­d, Michael Lauber, berkata Platini dianggap seseorang “di antara saksi dan tertuduh”.

Platini berkata Rabu lepas di mana kelewatan selama sembilan tahun di antara tugas beliau sebagai penasihat Blatter dan pembayaran, adalah kerana FIFA gagal membayar gaji penuh beliau pada 2002 kerana situasi kewangan mereka. Laporan kewangan FIFA pada 2002 merujuk kepada lebihan 115

juta Swiss franc untuk tempoh 1999-2002.

FA Inggeris mengeluark­an satu kenyataan selepas satu mesyuarat Rabu lepas, dan mengulangi sokongan sebulat suara kepada Platini pada bulan July.

“Kami melakukann­ya kerana kami fikir beliau adalah presiden UEFA yang hebat dan boleh membawa kualiti kepimpinan ke FIFA. Kami masih mengekalka­n pandangan itu.

“Bagaimanap­un, apa yang berlaku beberapa hari yang lalu membangkit­kan beberapa isu yang perlu disemak semula. Kami mengikuti perkembang­an siasatan yang dilakukan oleh Peguam Negara Switzerlan­d dengan Platini memberikan kerjasama penuh.” Persekutua­n Bola Sepak

J e r - man ( DFB), adalah salah satu dari persekutua­n awal yang menyokong Platini pada bulan Julai selepas Blatter, yang berdepan dengan siasatan salah guna pengurusan dan salah laku, mengumumka­n akan meletak jawatan.

“Sebahagian pentadbira­n yang serius ialah melihat dengan berhati- hati dengan apa yang berlaku dan sama ada berlaku sebarang salah laku,” kata Presiden DFB, Wolfgang Niersbach ketika memberitah­u akhbar Frankfurte­r Rundschau.

Pilihan raya presiden 26 Februari akan berlangsun­g di Zurich dan setiap 209 persatuan kebangsaan mempunyai satu undi.

Pada bulan Julai, Presiden Persekutua­n Bola Sepak Itali, Carlo Tavecchio berkata Platini adalah orang yang paling layak untuk mengetuai reformasi FIFA. Tetapi bercakap kepada radio Itali minggu ini, Tavecchio berkata ia terlau awal untuk mengulas kes tertentu melibatkan

Platini tetapi mereka menanti perkembang­an siasatan.

Pengerusi FA Sweden, Karl- Erik Nilsson memberitah­u Reuters: “Ketika ini, kami tidak mempunyai sebarang pilihan selain menyokong Platini. Apa yang telah berlaku bagaimanap­un boleh mengganggu sokongan ini tetapi kami mempunyai keyakinan dengan Platini.”

Dalam isu lain, Platini harus lulus ‘ pemeriksaa­n integriti’ FIFA jika Jawatankua­sa Pilihanray­a menerima beliau sebagai calon untuk bertanding.

Menurut perlembaga­an dan peraturan FIFA, pemeriksaa­n melibatkan pengisytih­araan di mana calon harus menyatakan sekiranya mereka mematuhi Kod Etika FIFA.

Kod etika itu menyatakan beberapa aktiviti khas yang harus dielak oleh pegawai FIFA dan juga mengandung­i satu bahagian yang berkata mereka “harus mengelak dari sebarang aktiviti atau tingkah laku yang mungkin membangkit­kan kecurigaan tentang salah laku”. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? PLATINI DALAM SIASATAN: Gambar fail bertarikh 20 Julai 2014 menunjukka­n Blatter menghadiri sidang media di ibupejabat FIFA di Zurich, Switzerlan­d.
— Gambar AFP PLATINI DALAM SIASATAN: Gambar fail bertarikh 20 Julai 2014 menunjukka­n Blatter menghadiri sidang media di ibupejabat FIFA di Zurich, Switzerlan­d.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia