Utusan Borneo (Sarawak)

Pertembung­an hebat gergasi Liga Perdana Inggeris

-

kembali ke tangga teratas selagi mereka tidak dikejutkan oleh kelab tercorot, Newcastle United di Stadium Etihad pada perlawanan hari Sabtu.

Arsenal dijangka akan menurunkan semula penjaga gol, Petr Cech, selepas penjaga gol kedua, David Ospina, menghadiah­kan satu gol ketika Arsenal tewas 2-3 kepada Olympiakos pada aksi Liga Juara-Juara Selasa lepas, kekalahan kedua berturut-turut dalam pertanding­an ini.

Mereka berdepan dengan skuad United yang menj a r i n g - k a n sembi

lan gol dalam tiga kemenangan liga berturut-turut – tiga gol oleh pemain muda, Anthony Martial – untuk naik ke tangga teratas liga buat kali pertama sejak di bawah kendalian Louis van Gaal.

City mengalami dua kekalahan mengecewak­an kepada West Ham United dan Tottenham Hotspur dari dua perlawanan liga selepas memenangi lima perlawanan pertama mereka. Bagaimanap­un, seman- gat kelab dinaikkan dengan kemenangan lewat 2-1 ke atas Borussia Moenchengl­adbach dalam Liga Juara-Juara Rabu lepas.

Satu mata di belakang United, City dijangka tidak menghadapi masalah menewaskan Newcastle, walaupun mereka meningkatk­an prestasi permainan selepas mengikat juara bertahan, Chelsea, 2-2.

Bolos dua gol lewat bermakna Newcastle masih di hadapan kelab jirannya, Sunderland dengan kedua-dua pasukan masih belum menang dalam liga musim ini.

Untuk menamatkan badi itu, Sunderland harus men- cipta kemenangan di West Ham, yang mengejutka­n Arsenal dan Liverpool sebelum menewaskan City.

Aston Villa adalah pasukan ketiga dalam zon penyingkir­an dan mereka akan memburu kemenangan pertama di gelanggang sendiri apabila menentang Stoke City pada hari Sabtu.

Chelsea, yang sudah tewas tiga kali musim ini dan tewas 1-2 kepada FC Porto dalam aksi Liga Juara-Juara Selasa lepas, perlu kembali mencipta kemenangan.

Tiga kekalahan sudah dianggap terlalu banyak dalam kempen kejuaraan mereka musim lepas dan mereka perlu mengembali­kan persaingan mereka dengan menanti kunjungan Southampto­n Sabtu ini.

Perlawanan di antara dua kelab Merseyside, Liverpool dan Everton di Goodison Park turut mencari perhatian.

Liverpool, yang tidak konsisten pada permulaan musim menyebabka­n mereka berada di pertengaha­n liga dan menambah tekanan ke atas Rodgers, di mana pasukannya perlu mengembali­kan tenaga dengan segera selepas perlawanan Liga Europa menentang FC Sion semalam (Khamis). — Reuters

 ?? — Gambar AFP
— Gambar Reuters ?? SAAT GENTING: Kemenangan ke atas United akan kembalikan keyakinan Arsenal sekali gus melegakan Wenger selepas skuadnya tewas di tangan Olimpiakos pada aksi Liga JuaraJuara Rabu lepas. GOL PENTING: Smalling gembira selepas menjaringk­an gol kemenangan...
— Gambar AFP — Gambar Reuters SAAT GENTING: Kemenangan ke atas United akan kembalikan keyakinan Arsenal sekali gus melegakan Wenger selepas skuadnya tewas di tangan Olimpiakos pada aksi Liga JuaraJuara Rabu lepas. GOL PENTING: Smalling gembira selepas menjaringk­an gol kemenangan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia