Utusan Borneo (Sarawak)

Tahun depan perlumbaan F1 akan menjadi lebih bingit

-

LONDON, England: Formula Satu ( F1) akan menjadi lebih bingit tahun hadapan selepas badan induk sukan bermotor itu meluluskan langkah baharu Rabu lepas untuk menaikkan bunyi selepas aduan tentang enjin kuasa hibrid turbo V6 yang diperkenal­kan pada 2014.

Persekutua­n Permotoran Antarabang­sa ( FIA) berkata dalam satu kenyataan di mana semua kereta akan mempunyai ekzos paip ekor pelepasan gas berasingan tahun hadapan “di mana semua dan hanya lepasan gas ekzos harus diluluskan.

“Langkah ini dilakukan untuk meningkatk­an bunyi enjin kereta dan tidak mempunyai kesan besar ke atas tenaga atau pencemaran,” tambahnya.

Unit enjin V6 lebih efisyen minyak dianggap lebih senyap berbanding enjin lama V8, menyebabka­n beberapa peminat sukan itu berasa kecewa kerana kekurangan bunyi bising enjin.

Pemilik komersial F1, Bernie Ecclestone, adalah salah seorang pengkritik utama enjin senyap V6 musim ini. — Reuters LONDON, England: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mungkin menjadi perhatian selepas kempen pasukannya dalam Liga Juara-Juara bertambah buruk tetapi boleh berkongsi mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United sekiranya menewaskan seteru lamanya Ahad ini sementara pengurus Liverpool, Brendan Rodgers, akan membawa pasukannya ke kelab jiran, Everton.

Selepas satu lagi keputusan bercampur-campur dalam Liga JuaraJuara, kelab-kelab utama Liga Perdana akan mendapati diri mereka menjadi perhatian hujung minggu ini.

Dua di antara kelab ini bertemu sesama sendiri dengan Arsenal (di tangga keempat) boleh berkongsi 16 mata dengan Manchester United sekiranya menang pada perlawanan di Stadium Emirates Ahad ini.

Ia hampir pasti membolehka­n Manchester City

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia