Utusan Borneo (Sarawak)

Kemalangan ngeri tidak luntur semangat Nur Rozi

-

KUALA LUMPUR: Kemalangan yang menyebabka­n kecederaan parah sehingga koma selama lima hari tidak melunturka­n semangat atlet berbasikal pelapis lebuhraya kebangsaan, Nur Rozi Yanti Mat Rodzi untuk meneruskan kayuhan.

Nur Rozi, 17, yang dilanggar oleh van pengiring semasa sesi latihan pada 5 Sept lepas itu bagaimanap­un mempamerka­n sikap berjuang yang tinggi apabila meletakkan sasaran pingat untuk Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) pada Jan depan.

Beliau yang melapor diri di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam akan menjalani rawatan rehabilita­si di Institut Sukan Negara (ISN) selama dua bulan sebelum dibenarkan untuk meneruskan latihan bersama skuad pelapis negara yang lain.

“Pagi tadi saya dah buat pemeriksaa­n dengan pegawai perubatan ISN, kena buat ‘dressing’ dan rehabilita­si di ISN bermula Isnin ini dan lihat bagaimana keadaan saya nanti. Doktor kata kena periksa balik bahu kanan dan lutut kanan yang masih ketat.

Saya hanya boleh teruskan latihan selepas mendapat kebenaran daripada pegawai perubatan ISN. Buat masa ini keadaan saya baik, cuma rasa sakit sedikit di kaki kanan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di MSN, Bukit Jalil di sini, semalam.

Atlet yang berasal dari Perlis itu telah berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Kajang hampir seminggu dan kelihatan sangat kurus berbanding dahulu apabila berat badannya turun sebanyak 10kg selepas kemalangan, namun tetap bersemanga­t membawa nama Malaysia di persada antarabang­sa.

Pada 5 Sept lepas, Nur Rozi cedera parah di kepala dan patah peha kanan selepas dilanggar van pengiring yang mengekori beliau selepas terjatuh daripada basikal ketika membetulka­n kedudukan kakinya yang kebas di KM19, Lebuhraya SILK Kajang.

Setelah menjalani pembedahan di Hospital Kajang dan keadaannya kembali menjadi stabil, beliau dpindahkan ke Hospital KPJ Damansara pada 13 Sept untuk mendapatka­n rawatan pakar berkaitan dengan otot dan tulang sebelum dibenarkan pulang ke rumah pada 19 Sept.

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berkata, keluargany­a merupakan pendorong utama yang memberikan semangat kepadanya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang sukan.

“Ibu bapa, jurulatih dan rakan- rakan selalu memberikan saya semangat untuk pulih dengan cepat. Ibu bapa saya tidak pernah menghalang saya daripada melibatkan diri dalam acara sukan sejak kecil lagi,” katanya yang bercitacit­a menjadi seorang pegawai polis.

Dalam masa terdekat, beliau meletakkan sasaran pingat di ACC dalam acara pecut dan pingat emas acara lebuh raya di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) tahun hadapan. — Bernama

 ??  ?? SYABAS: Pemain Al-Zidane FA dan pegawai meraikan kejayaan selepas menerima hadiah.
SYABAS: Pemain Al-Zidane FA dan pegawai meraikan kejayaan selepas menerima hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia