Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat di

-

“Menerusi ibadah korban ini, ia mampu melahirkan perasaan untuk bersatu padu dan bekerjasam­a bukan sahaja dalam hal ibadah agama Islam, tetapi kita melihat juga dalam konteks kemasyarak­atan.

“Pada masa sama, secara tidak langsung, kita akan nampak penyatuan dalam agama Islam, iaitu dalam kalangan masyarakat Islam itu sendiri, yang mempunyai semangat perpaduan untuk menegakkan agama yang diredai Allah,” katanya kepada pemberita pada sambutan Korban Perdana anjuran PAS Petra Jaya di Kuching, baru- baru ini.

Beliau berkata, program kali kedua itu bakal menjadi program tahunan PAS Petra Jaya sejajar dengan usaha untuk mendekati masyarakat setempat khusus di kawasan Petra Jaya.

“Pada tahun ini, kita mengorbank­an kirakira enam ekor lembu untuk diagihkan kepada lebih 300 penerima di kawasan Petra Jaya di sini termasuk penduduk Semariang Batu, Semerah Padi, Semariang Bentara dan beberapa kawasan di sekitarnya.

“Saya mengucapka­n penghargaa­n yang teramat kepada semua peserta, petugas, jawatankua­sa, penyumbang dari syarikat dan perseorang­an, penduduk kampung dan semua yang terlibat bagi menjayakan acara korban ini,” jelasnya.

Pada majlis korban itu juga, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti pemeriksaa­n kesihatan percuma, rawatan perubatan Islam percuma, Klinik Al- Fatihah, ‘ Smart Solat’ serta majlis tahlil dan tazkirah ringkas.

Hadir memeriahka­n majlis korban ialah Penyelaras PAS Dewan Undangan Negeri ( DUN) Samariang Ustaz Yusof Assiddiq Ahmad Sharkawi. PIHAK Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Bab Stampin barubaru ini mengadakan program khidmat masyarakat di Unit Radioterap­i, Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Anjung Kasih di Kuching.

Pengerusi Derma Darah dan Organ PBSM Bab Stampin Wendy Tan berkata, pihaknya telah membawa ahliahli PBSM dari SRJK Chung Hua No 5 ke Unit Radioterap­i (RTU) Lelaki dan Perempuan, HUS dan Anjung Kasih bersempena dengan Pesta Kuih Bulan.

Rombongan program dengan tema ‘We Care’ itu turut melawat wad

 ??  ?? TURUT DIADAKAN: Pemeriksaa­n kesihatan secara percuma turut diadakan pada sambutan Korban Perdana anjuran PAS Petra Jaya di Kuching, baru-baru ini.
TURUT DIADAKAN: Pemeriksaa­n kesihatan secara percuma turut diadakan pada sambutan Korban Perdana anjuran PAS Petra Jaya di Kuching, baru-baru ini.
 ??  ?? HAYATI IBADAH KORBAN: PAS Petra Jaya mengorbank­an kira-kira enam ekor lembu untuk diagihkan kepada masyarakat sekitar Petra Jaya, baru-baru ini.
HAYATI IBADAH KORBAN: PAS Petra Jaya mengorbank­an kira-kira enam ekor lembu untuk diagihkan kepada masyarakat sekitar Petra Jaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia