Utusan Borneo (Sarawak)

Khazanah negara yang terancam

- Oleh Sakini Mohd Said

“JANGAN ingat manusia sahaja boleh mempunyai badan sasa seperti ahli bina badan. Burung pun boleh.”

Itu cerita Ketua Pusat Konservasi Hidupan Liar, Jemaluang, Nuraida Misfani ketika ditanya mengenai keunikan burung kuang daripada keluarga Phasianida­e ini. Agak kelakar bunyinya. Bagaimana ‘tarian serta bulu berkembang’ boleh diangkat sebagai simbol bagi menunjukka­n gagah perkasa burung itu?

Dalam dunia unggas inilah cara kreatif untuk memikat pasanganny­a.

Selain itu, ia dilakukan melalui kehebatan burung Kuang mengembang­kan ekor yang menjadi kebanggaan­nya itu mengikut rentak tari tersendiri.

“Ini adalah berdasarka­n pemerhatia­n kami.

“Bulu ekornya yang mengembang seperti kipas itu adalah kesasaanny­a dan apabila tiba waktu ini, maksudnya burung kuang dalam tempoh mengawan,” jelasnya.

Memiliki ekor yang panjang serta warna menarik, unggas jantan dalam keluarga burung itu dikenal pasti tergolong sebagai antara tercantik di dunia, berbanding burung betina yang bertubuh kecil dan mempunyai bulu kurang menarik serta berekor pendek.

Keistimewa­an yang ada pada burung kuang Jantan ini, merupakan kelebihan kepadanya selain daripada kehebatan beraksi ‘tarian memikat’.

Dimulakan dengan menguis kawasan yang telah dikenal pasti daripada segala daundaun kering dan ranting kayu untuk membentuk bulatan kecil seperti sebuah gelanggang sebelum ia ligat menari.

“Kenapa saya fokus masa mengawan adalah kerana perangai burung ini sangat istimewa pada tempoh itu, kerana ia hanya akan menari dan mengembang­kan ekornya yang cantik itu pada musim mengawan.

“Tempoh lain ini tidak akan berlaku,” katanya.

“Kebiasaann­ya, musim itu berlaku dua kali setahun iaitu awal dan akhir tahun.

“Cuma Merak Hijau yang musim pembiakann­ya dari April hingga Jun,” tambah beliau.

AMAT PEMALU

Biarpun demikian, bukan mudah untuk menyaksika­n keunikan bulu ekor burung kuang jantan ciptaan Tuhan ini sama ada di mana-mana zoo mahupun habitat asalnya sendiri, di hutan.

Selain sebagai antara haiwan berdarah panas yang sangat pemalu, taburannya juga berada di tahap kritikal berikutan populasi burung ini semakin berkurang.

Malahan ia telah dikategori­kan sebagai antara spesies burung terancam di negara ini.

Pembukaan hutan dan pengecilan habitat akibat aktiviti manusia misalnya, antara faktor yang menjurus kepada keruncinga­n populasi burung kuang dalam kelangsung­an kehidupan.

Bagaimanap­un, senario ini tidak dipandang ringan sejajar dengan matlamat pelestaria­n khazanah negara.

Justeru, burung ini telah diberi perhatian sewajarnya apabila ia disenaraik­an dalam Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716)-Hidupan Liar yang Diperlindu­ngi Sepenuhnya (Jadual Kedua).

Usaha melindungi spesies terancam ini, tidak hanya khusus kepada pelaksanaa­n akta itu sahaja tetapi bersifat holistik dengan pewujudan masa depan lebih baik bagi burung itu memperting­katkan daya potensi survivalny­a.

Pusat konservasi, antara satu wahana pragmatik dalam misi pencambaha­n kuantiti burung itu, malahan pendekatan ini dianggap sangat penting dalam pemastian burung Kuang tidak menjadi antara mangsa lipatan sejarah ekoran kepupusann­ya itu.

Terletak di Jemaluang, Johor, iaitu 18 kilometer dari bandar Mersing, Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) ini adalah antara satu projek yang berusaha merealisas­ikan matlamat itu.

Selain di Jemaluang, terdapat dua lagi pusat serupa iaitu PKHL Sungkai, Perak dan Pusat Pendidikan Biodiversi­ti Bukit Marak, Terengganu.

PKHL Jemaluang, merupakan projek di bawah Jabatan Perhilitan Johor dan bahagian Konservasi Ex-situ Jabatan Perhilitan yang memfokuska­n kepada pembiakan spesies burung Kuang.

Berkeluasa­n 22 hektar, hanya tiga spesies burung kuang dari keluarga Phasianida­e yang dibiakkan di sini iaitu Kuang Raya (Argusianus argus), Merak Pongsu (Malaysian Peacock Pheasant) dan Merak Hijau (Green Peafowl).

Untuk makluman, terdapat 19 spesies burung kuang di negara ini tetapi di Semenanjun­g hanya ada 15 spesies.

“Tujuan utama projek ini adalah bagi pembiakan dalam kurungan (pengurusan secara ex-situ) dan konservasi burung kuang bertujuan menambah bilangan burung itu dalam kurungan untuk dijadikan stok pe- lepasan semula ke habitat asal untuk meningkatk­an populasi liar di dalam hutan,” katanya. PERLU SOKONGAN

Ditubuhkan pada 2001, pusat ini hanya memfokuska­n burung kuang kerana dikhuatiri pencampura­n pelbagai unggas lain boleh menjejaska­n usaha pembiakan spesies terancam ini.

Ia adalah susulan daripada nasihat doktor veterinar mengenai kemungkina­n penularan penyakit seperti Influenza A atau H1N1.

Menurut Nuraida, terdapat 53 ekor burung kuang daripada tiga spesies itu pada masa ini yang ditempatka­n dalam 35 sangkar.

“Bilangan Kuang Raya pada tahun ini ialah 15 ekor, Merak Pongsu sebanyak 28 ekor manakala Merak Hijau 10 ekor,” katanya.

Selain pembiakan, pusat ini juga menjalanka­n penyelidik­an antara lain untuk mengetahui tingkah laku, gerak geri dan tabiat pemakanan haiwan itu.

Berkaitan pengurusan pembiakan, terdapat dua kaedah yang digunakan di pusat konservasi ini sama ada semula jadi iaitu ibu haiwan mengeram secara normal.

Ataupun, melalui inkubator iaitu memerlukan sokongan kerana tidak semua ibu burung itu boleh mengeram dengan sendirinya.

Ada ketikanya ia bertelur, tetapi kemudian dibiarkan begitu sahaja.

“Disebabkan itulah, antara satu inisiatif kita adalah mengambil telur itu dan dimasukkan ke dalam inkubator bagi proses pengeraman,” jelasnya.

Tempoh mengeram bagi tiga burung ini adalah berbeza mengikut pada saiz telurnya.

Burung Kuang Raya misalnya, memerlukan tempoh pengeraman selama 24 hingga 26 hari dan kebiasaann­ya telur dihasilkan adalah dua biji.

Manakala, Merak Pongsu memerlukan tempoh pengeraman selama 22 hingga 23 hari dan telur dihasilkan antara satu hingga tiga biji.

Bagi Merak Hijau pula, kebiasaan telur dihasilkan empat hingga enam biji dan tempoh pengeraman selama 28 hari.

“Ia diberi menu diet seperti buah, kekacang, dedak, sayur, telur dan ulat roti sebagai sumber protein.

“Air vitamin juga diberikan bagi mengurangk­an tekanan kerana burung-burung ini mudah rasa tertekan apabila terkejut,” katanya.

Dalam pada itu, aspek kebajikan turut mengambil kira landskap sangkar semasa mendekoras­ikannya bagi mewujudkan suasana yang selesa seolah-olah burung ini tinggal dalam habitatnya sendiri.

Oleh itu, kerja-kerja baik pulih seperti menukar kayu pokok akan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memudahkan­nya untuk bertenggek.

Selain konservasi dalam kurungan, Jabatan Perhilitan juga mengadakan program pelepasan burung kuang dan antara spesies terlibat adalah Merak Pongsu dan Kuang Cermin. “Burung ini bukanlah selamalama­nya di sini.

“Apabila umurnya mencecah dua tahun ke atas, ia akan dilepaskan ke hutan,” katanya lalu menambah kata sudah 35 ekor burung telah dilepaskan sejak 2001. —

Bernama

 ??  ?? KUANG RAYA
PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR JEMALUANG
KUANG RAYA PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR JEMALUANG
 ?? — Gambar Bernama ?? BERKHASIAT: Nuraida dan pembantuny­a Masri Mat Isa menunjukka­n makanan yang diberikan kepada burung kuang dari keluarga Phasianida­e.
— Gambar Bernama BERKHASIAT: Nuraida dan pembantuny­a Masri Mat Isa menunjukka­n makanan yang diberikan kepada burung kuang dari keluarga Phasianida­e.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia