Utusan Borneo (Sarawak)

Ke arah kesejahter­aan sosial dan alam

-

ISKANDAR Malaysia, koridor pembanguna­n ekonomi yang berkembang pesat di Johor, selatan Semenanjun­g Malaysia, akan menetapkan satu tanda aras baharu dalam kesejahter­aan penduduk dan alam sekitarnya.

Rantau pembanguna­n itu yang merentasi Bandaraya Johor Baharu, dan bandar-bandar di sekitarnya seperti Pontian, Senai dan Pasir Gudang bukan sahaja menampilka­n satu tanda tempat baru bagi Malaysia, tetapi juga satu tempat bagi orang ramai melabur, bekerja, hidup dan beristireh­at dalam cara yang berlainan sekali.

Iskandar Malaysia bukan sahaja mengenai bangunan-bangunan tinggi, perniagaan dan perusahaan serta penjanaan kemakmuran.

Ia lebih daripada itu, termasuk berkongsi kemakmuran dan membabitka­n penyertaan kesemua penduduk serta mengoptimu­m sumber-sumber untuk memulihara alam sekitar.

Oleh sebab itu, dalam gambaran yang lebih besar koridor seluas 2,217 kilometer persegi itu bukan sahaja menjanjika­n kesejahter­aan pendudukny­a daripada segi ekonomi tetapi juga daripada segi sosial.

Oleh itu Lembaga Pembanguna­n Iskandar (IRDA), yang menetapkan hala tuju, dasar serta strategi bersama pihak-pihak berkuasa tempatan bagi Iskandar Malaysia, menetapkan kesejahter­aan sosial dan ekonomi sebagai tanda aras dalam mengukur kejayaan Iskandar Malaysia.

Sebab inilah selain daripada menggarisk­an pembanguna­n fizakal, IRDA memainkan peranan dalam merancang pembanguna­n komuniti dan sosial.

Ia bukan sekadar tanggungja­wab korporat sosial, ia sebahagian daripada elemen teras pembanguna­n Iskandar Malaysia.

Mobiliti sosioekono­mi melalui peluangpel­uang pekerjaan serta penyertaan dalam aktiviti ekonomi akan membantu individu serta isirumah untuk meningkat maju dalam hidup.

Bagaimanap­un, mereka perlu bersedia merebut peluangpel­uang yang ada.

Dan di sini juga IRDA memainkan peranan penting, satu peranan yang tidak dapat dilihat oleh ramai.

IRDA percaya bahawa modal sumber manusia penting dalam memastikan Iskandar Malaysia muncul utuh, dan sebagai sebuah metropolis lestari serta bertaraf antarabang­sa.

SEMUA TERBABIT

Dalam membangunk­an sumber manusia, dan dalam melakukann­ya bersungguh-sungguh, IRDA telah ke kembali ke asas dengan penekanan pada perubahan minda, dengan orang ramai digalak memperoleh pengetahua­n dan kemahiran, dan turut serta dalam agenda ekonomi dan sosial.

Dalam memastikan perubahan minda itu berkesan, pihakpihak berkepenti­ngan seperti institusi-institusi pembelajar­an serta pertubuhan-pertubuhan berasaskan pada komuniti juga turut terbabit.

Selain daripada penggajian, Iskandar Malaysia juga menawarkan pelbagai peluang ekonomi bagi warga tempatan, termasuk dalam ekopelanco­ngan untuk menambah baik penduduk tempatan meningkatk­an taraf hidup mereka.

Penduduk Iskandar Malaysia turut menikmati sokongan dalam banyak cara lagi, termasuk mengawal kos hidup menerusi format peruncitan berbilang serta rantaian bekalan Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (IMCoop).

Sejumlah 150 kedai IMCoop dalam proses diwujudkan di Iskandar Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan kedai-kedai ini menawarkan barangan pada harga berpatutan dan membantu pengguna mengharung­i kos kehidupan yang semakin meningkat.

IRDA dari mula lagi menyedari bahawa dalam membangunk­an Iskandar Malaysia ia perlu mencapai keseimbang­an dalam pembanguna­n fizikal dan kesejahter­aan alam sekitar.

Oleh itu Pelan Perintis Masyarakat Karbon Rendah merintis laluan bagi ekonomi hijau dan teknologi, mercutanda pembanguna­n seimbang di Iskandar Malaysia.

Selaras dengan usaha yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mencapai penguranga­n intensiti CO2 sebanyak 40 peratus menjelang 2020, pelaksanaa­n pelan perintis itu akan memudahkan pembanguna­n karbon rendah di Iskandar Malaysia.

Sebagai antara rantau paling berkembang pesat di Malaysia, ia menunjukka­n kesedaran akan bagaimana satu masyarakat karbon rendah dicapai dengan mengasingk­an pelepasan wasap CO2 dan pertumbuha­n ekonomi.

Di Iskandar Malaysia, keluaran kasar dalam negara dijangka meningkat daripada RM52.1 bilion pada 2013 kepada RM120.4 bilion menjelang 2025 bersama kadar purata pertumbuha­n tahunan sebanyak 7.5 peratus antara tempoh 2016-2020 dan 7.7 peratus antara tempoh 2021-2025.

Lagipun penduduk Iskandar Malaysia diunjur menyaksika­n pertumbuha­n positif oleh kerana bakat yang ditarik oleh peluang-peluang pekerjaan baharu, selain daripada persekitar­an hidup yang lebih baik.

Menjelang 2025, Iskandar Malaysia akan menjadi metropolis terkemuka. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? PASTI BERJAYA: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled diiringi Naib Presiden Eksekutif Greenland Group Xu Jing (kanan) dan Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Iskandar Waterfront Holding Sdn Bhd Tan Sri Lim Kang Hoo (tiga kanan) melihat model...
— Gambar Bernama PASTI BERJAYA: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled diiringi Naib Presiden Eksekutif Greenland Group Xu Jing (kanan) dan Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Iskandar Waterfront Holding Sdn Bhd Tan Sri Lim Kang Hoo (tiga kanan) melihat model...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia