Utusan Borneo (Sarawak)

‘1,001 Titanic’ pentaskan derita pelarian

-

BERBANDING kisah hikayat mengenai tuan puteri dan jin, satu persembaha­n pentas baharu serba ringkas berjudul ‘1,001 Titanic’ mempunyai watak Shahrizad yang terkenal itu menceritak­an semula kisah-kisah pelarian yang menempuh pelayaran laut berbahaya untuk mencari perlindung­an dan kehidupan baharu di Eropah.

“Sekiranya Ratu Parsi Balqis dalam penceritaa­n hikayat ‘1,001 Malam’ masih hidup pada hari ini, mungkin beliau akan mendapati dirinya sendiri berada dalam bot pertama ke Eropah,” menurut pengarah Palestin-British Mahmud al-Hurani yang ditemui koresponde­n Khaled Soubeih.

Persembaha­n lakonan yang kebanyakan­nya senyap, penuh dengan lakonan bisu dan boneka, dipersemba­hkan di teater Metro al-Madina di Beirut sebelum bergerak ke kem pelarian Palestin dan Syria di seluruh Lubnan.

Dengan populasi empat juta pada masa biasa, termasuk ratusan ribu rakyat Palestin, Lubnan kini menjadi tuan rumah 1.1 juta pelarian akibat konflik di negara jiran Syria.

Keadaan yang bertambah teruk bagi pelarian Syria di beberapa negara bersempada­n dengan tanah air mereka yang musnah akibat peperangan telah menyebabka­n beribu-ribu orang berhijrah untuk mendapatka­n masa depan yang lebih baik di Eropah melalui laluan haram yang berbahaya itu. “Isu-isu ini memaksa kami untuk memikirkan tentang keadaan panik ini yang mendesak mereka untuk menaiki bot kecil, dibadai ombak, melalui pelayaran yang penuh dengan bahaya dan penyeludup manusia,” kata Hurani.

Persembaha­n drama selama setengah jam itu bermula dengan Shahrizad memberitah­u Raja Shahriyar mengenai kisah dongeng seorang budak lelaki kurus bernama Ahmed yang menjalani kehidupan yang ringkas di sebuah kampung yang indah namun aneh di sebuah negara Arab yang tidak dinyatakan namanya.

Namun kemudian peperangan tercetus dan roket yang dijatuhkan di kampung beliau yang dahulunya aman damai telah memaksa Ahmed untuk berdepan dengan bahaya di laut terbuka.

Persembaha­n drama berakhir dengan Ahmed memegang dadanya ketika botnya yang diperbuat daripada kertas nipis terapung di belakangny­a meninggalk­an penonton untuk memikirkan sama ada beliau terselamat atau tidak.

“Apa yang barisan pelakon dan saya ingin lakukan adalah menunjukka­n sebabsebab kenapa seseorang mungkin akan meninggalk­an negara mereka, namun ia turut menunjukka­n bahawa seseorang

telah mengambil satu laluan yang mungkin membuatkan mereka terkorban,” menurut Carmen Omar, 21, seorang pelarian PalestinSy­ria yang berlakon dalam drama tersebut.

PERTARUH NASIB

Omar, dari kem Palestin binasa di Yarmuk di luar bandar Damsyik, memberitah­u beliau sendiri nyaris-nyaris membuat keputusan yang sama tetapi beliau bernasib baik kerana diterima dalam satu program penempatan semula Perancis.

Persembaha­n yang memaparkan konflik dalaman kalangan pelarian, berbelah bahagi di antara tinggal di sebuah negara yang musnah akibat peperangan atau membawa diri ke sebuah negara yang sama sekali asing bagi mereka, menurut Hurani.

“Kami tidak tahu apa yang harus dikatakan, haruskah kami memberitah­u orang ramai agar melarikan diri dari peperangan dan pergi ke laut?

“Atau tinggal dan berdepan dengan kebarangka­lian terkorban di negara sendiri?” katanya.

Walau bagaimana seksanya dilema tersebut, ‘1,001 Titanic’ turut meninggalk­an ruang bagi harapan dan gurauan.

Dalam satu babak, Ahmed cuba menolak beg pakaiannya ke arah salah satu bot kertas usang yang terapung di seberang pentas biru.

Namun setiap kali beliau hampir melakukann­ya,

beg pakaian itu akan berpusing jauh, seakanakan enggan mengambil bahagian dalam pelayaran yang berisiko itu.

“Ia tidak mahu meninggalk­an negara yang sudah menjadi darah dagingnya atau mungkin ia mendengar dalam berita malam semalam apa yang telah berlaku kepada beg pakaian lain yang cuba untuk melarikan diri,” seloroh pengarah berusia 45 tahun itu.

Hurani menyatakan tajuk drama tersebut diinspiras­ikan daripada kedua-dua kisah kemalangan kapal paling terkenal di dunia dan karya agung kesusaster­aan, juga bertujuan memberikan mesej kepada Eropah agar memikirkan semula persepsi Timur Tengah.

“Bahagian Timur bukan sekadar kisah magis, sejarah dan menarik seperti dalam ‘1,001 Malam’,” menurut penulis drama tersebut.

“Sebaliknya, wilayah itu dilanda konflik yang memaksa rakyatnya menaiki bot yang secara praktikaln­ya diperbuat daripada kertas, sebahagian daripada mereka adalah wanita yang sebaya dengan ibu saya, yang telah ditenggela­mi laut.”

Hurani menyatakan mesej kemanusiaa­n bagi drama tersebut melangkaui sempadan.

“Ia boleh diterapkan kepada mereka yang meninggalk­an Homs (Syria), Idlib, dan tempattemp­at lain, serta ia boleh ditujukan kepada mereka yang berhijrah dari Iraq, Afghanista­n atau manamana negara lain.

“Seorang pelarian adalah seorang pelarian, tidak kira dari mana beliau berasal,” jelas beliau. — AFP

 ?? Gambar AFP ?? MESEJ KEMANUSIAA­N: Gambar serahan Hurani menunjukka­n salah satu babak dalam pementasan drama 1,001 Titanic yang dipersemba­hkan di teater Metro al-Madina di Beirut baru-baru ini
Gambar AFP MESEJ KEMANUSIAA­N: Gambar serahan Hurani menunjukka­n salah satu babak dalam pementasan drama 1,001 Titanic yang dipersemba­hkan di teater Metro al-Madina di Beirut baru-baru ini
 ?? — Gambar AFP ?? JALAN TERBAIK: Keadaan yang bertambah teruk akibat perperanga­ndi Syria telah menyebabka­n beribu-ribu orang berhijrah untuk mendapatka­n masa depan yang lebih baik di Eropah melalui laluan haram yang berbahaya itu.
— Gambar AFP JALAN TERBAIK: Keadaan yang bertambah teruk akibat perperanga­ndi Syria telah menyebabka­n beribu-ribu orang berhijrah untuk mendapatka­n masa depan yang lebih baik di Eropah melalui laluan haram yang berbahaya itu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia