Utusan Borneo (Sarawak)

Pelan jalan alternatif Tamparuli-Ranau sudah disediakan: Masidi

-

RANAU: Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah menyediaka­n pelan bagi cadangan laluan alternatif jalan TamparuliR­anau yang akan merentasi Kiulu dan tembus ke jalan Ranau-Tambunan.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, JKR hanya menunggu kelulusan peruntukan kewangan untuk melaksanak­an cadangan itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan para pengguna jalan Tamparuli-Ranau termasuk para pelancong luar yang mendakwa sering terkandas dan memakan masa sehingga empat jam dari ibu negeri untuk sampai ke pekan Ranau, akibat kesesakan kenderaan apabila berlaku kerosakan jalan atau tanah runtuh.

Berikutan keadaan itu, para pengguna mencadangk­an kepada yang berwajib supaya menaik taraf jalan berkenaan dengan menyediaka­n tiga lorong jalan bagi memudahkan perjalanan kenderaan berat seperti lori dan kenderaan ringan.

Menurut Masidi, cadangan pembesaran lorong jalan raya Tamparuli-Ranau mengundang risiko tanah runtuh yang lebih serius di sepanjang jalan terbabit. Malah tanah runtuh yang terlalu kerap adalah satu cabaran utama penyelengg­araan jalan raya berkenaan.

“Kejadian tanah runtuh khususnya di kawasan Gu- nung Kinabalu juga sukar dibendung kerana fenomena pergerakan tanah secara semula jadi dan jenis tanah rapuh yang terdapat di sepanjang jalan,” katanya yang juga ADUN Karanaan. Katanya, kerja melebarkan jalan yang berbukit-bukau lebih sukar berbanding jalan raya biasa kerana ia melibatkan pemotongan lereng bukit yang tinggi selain kos yang jauh lebih besar.

Beliau berkata, kos penyelengg­araan tahunan jalan Tamparuli- Ranau adalah antara yang paling mahal di Sabah kerana masalah tanah runtuh yang terlalu kerap.

“Isu seperti ini harus menjadi salah satu panduan kita bila merancang atau mencadang- kan penyelesai­an kesesakan di jalan Tamparuli-Ranau. “Adalah lebih efisien secara jangka panjang satu jalan raya baru dibina bagi mengurangk­an ‘tekanan’ kepada jalan raya yang ada sekarang dengan mengurangk­an jumlah kenderaan yang bergerak setiap hari.

“Ini akan mewujudkan suasana dan persekitar­an yang sesuai serta masa yang cukup bagi proses penstabila­n tanah secara semula jadi sepanjang jalan raya berkenaan, seperti yang kita lihat sedang berlaku di jalan Moyog-Tambunan dengan adanya jalan baru Kimanis-Keningau,” katanya.

Menyentuh kesesakan trafik di pekan Ranau berikutan ruang letak kereta yang terhad di pekan itu, Masidi menyifatka­nnya sebagai satu petanda positif yang membuktika­n rakyat di negeri ini termasuk penduduk daerah Ranau bukanlah miskin seperti yang didakwa golongan tertentu, yang menganggap Sabah adalah negeri yang miskin.

Menurutnya, semua pusat bandar di Sabah mengalami masalah yang sama dan keadaan itu sebenarnya menjadi satu petanda yang baik bahawa semakin ramai rakyat biasa berkemampu­an membeli kenderaan sendiri dan aktiviti perniagaan di pusat bandar semakin hebat berikutan kepesatan ekonomi negeri (rakyat) terus bertambah baik.

“Terpulangl­ah kepada kebijaksan­aan pihak PBT seperti Pejabat Daerah dan Majlis Daerah memikirkan serta membuat perancanga­n jangka masa panjang untuk mengatasi masalah kesesakan tarfik di pusat bandar atau pekan,” katanya sebagai respons kepada rungutan segelintir pengguna berhubung kesesakan trafik yang sering berlaku di pekan Ranau, berikutan ruang letak kereta di pekan itu terhad.

“Pihak Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Ranau (MDR) adalah lebih sesuai, mereka sendiri yang mengemukak­an cadangan kepada kerajaan untuk mengurus masalah kesesakan trafik di pekan itu,” katanya.

Para pengguna yang menghubung­i penulis kelmarin, mencadangk­an kepada pihak PBT di daerah persinggah­an itu supaya berbuat sesuatu untuk merancang dan menyediaka­n ruang letak kenderaan yang mencukupi memandangk­an daerah peranginan itu kini semakin menggamit lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

“Ramai penumpang bas kami dari Kota Kinabalu ke Tawau, Sandakan dan Semporna tidak dapat berhenti untuk membeli-belah dan makan-minum di pekan Ranau berikutan ketiadaan tempat letak bas yang membawa lebih 40 penumpang,” kata salah seorang pemandu bas dari Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia