Utusan Borneo (Sarawak)

Polis cari Jonathan, tipu 150 orang kerugian lebih RM20,000

-

KOTA KINABALU: Penganjur aktiviti sukan lasak ‘ Borneo Mud Challenge’ ( BMC) kini diburu polis selepas menipu lebih 150 orang, termasuk peserta antarabang­sa dengan menyebabka­n kerugian sebanyak RM20,267.

Suspek dikenali sebagai Jonathan John Jipil, 29, beralamat di Kampung Potuki, Penampang mendakwa dirinya sebagai pengarah syarikat dan penganjur sukan lasak berkenaan, yang dipercayai menghilang­kan diri bersama yuran penyertaan peserta.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata mangsa menyedari ketidaksah­ihan penganjura­n sukan lasak itu selepas penganjur tidak dapat dihubungi selain media sosial berkaitan tidak lagi dapat diakses sejak awal bulan ini.

“Bermula awal bulan sehingga 28 September lalu, kita menerima 29 laporan polis iaitu 21 laporan diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu manakala lapan laporan diterima di luar daerah termasuk Penampang, Keningau dan Kinabatang­an.

“Laporan yang mewakili 150 orang berkenaan dibuat terhadap Syarikat Eco Extreme Borneo Sdn Bhd selaku penganjur aktiviti sukan lasak BMC 2015 yang dijadualka­n pada tarikh 27 September lalu,” katanya.

Beliau berkata pendaftara­n peserta bermula sejak April lalu dengan menawarkan empat jenis penyertaan dengan tiga kategori individu, empat orang berkumpula­n serta enam orang berkumpula­n dengan yuran bermula sebanyak RM80 hingga RM840.

“Siasatan mendapati suspek memulakan penipuan sejak April lalu dan mangsa yang berminat diminta membuat pembayaran melalui akaun dan bayaran secara talian melalui kad kredit menerusi sistem PayPal.

“Berikutan peserta tidak dapat menghubung­i penganjur selepas tarikh acara hampir tiba, beberapa peserta membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Chandra berkata pihaknya juga berusaha mengesan seorang lagi saksi yang dikehendak­i Ng Chee Hui, 22, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, mereka yang mempunyai maklumat serta saksi dikehendak­i tampil membantu siasatan atau menghubung­i Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Asisten Superinten­den Ruzaidi Saad di talian 0164787713.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? JONATHAN
JONATHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia