Utusan Borneo (Sarawak)

Pesakit kanser payudara positif hadapi kesusahan

-

KOTA KINABALU: Menjalani kehidupan dengan penuh rasa positif bukanlah sesuatu yang mudah bagi seorang penghidap kanser.

Namun, itulah kaedah terbaik buat Donna Lee Mei Mei, 63, dalam meniti perjalanan kehidupann­ya setiap hari.

Penghidap kanser payudara ini tidak pernah patah semangat mahupun berputus asa biarpun kehidupan yang dilalui banyak kesusahan.

Sejak dikesan menghidap kanser payudara pada 2006, Donna sudah menjalani pembedahan sebanyak dua kali untuk membuang ketulan dan urat yang dijangkiti kanser.

Semenjak itu, ibu kepada empat anak ini terpaksa berulang-alik ke hospital untuk meneruskan rawatannya.

Pada masa sama, Donna juga menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Justeru, beliau perlu lebih prihatin dalam menjaga kesihatann­ya.

“Apa yang menyukarka­n saya untuk ke hospital, saya perlu menyewa kenderaan memandangk­an di kampung kami tidak ada kenderaan awam.

“Kos pengangkut­an untuk kenderaan sewa sememangny­a agak mahal dan apabila saya perlu ke hospital di Likas saya terpaksa membayar hingga RM100,” katanya yang tinggal di Kampung Potuki Lok Kawi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Bulan Kesedaran Kanser Payudara Pinktober anjuran Kinabalu Pink Ribbon (KPR) di sini kelmarin.

Menurutnya, bagi menampung perbelanja­an hariannya, beliau menjalanka­n pernia- gaan secara kecil-kecilan.

Sejak empat tahun lepas, Donna mula membuat ukiran lukisan kain tudung dan baju untuk dijual. Selain itu, beliau turut menghasilk­an tonik rambut yang diperbuat menggunaka­n minyak kelapa dan daun kari.

 ??  ?? TABAH: Donna (kanan) bersama anaknya Cyril menunjukka­n tudung dan baju yang menggunaka­n hasil lukisan mereka.
TABAH: Donna (kanan) bersama anaknya Cyril menunjukka­n tudung dan baju yang menggunaka­n hasil lukisan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia